Chillax di Chilled Out!

Salaam,

Bagi keluarga yang berada sekitar Kuching yang ingin membawa anak - anak anda bermain sementara anda menikmati masa yang berkualiti bersama yang tersayang tak kiralah menonton wayang, membeli belah ker atau sebagainya - anda boleh memilih Chilled Out! yang terletak di tingkat dua, pusat membeli - belah The Spring, Kuching.

Chilled Out! merupakan restoran mesra kanak-kanak yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak malah pendidikan juga memainkan peranan utama. Selain ia adalah tempat paling mesra kanak-kanak yang hebat, ia juga menyediakan senarai makanan yang menepati citarasa seluruh ahli keluarga dan pastinya ia menjadikan Chilled Out! sebagai tempat menarik  untuk berkunjung samada keluarga atau bertemu dengan rakan -rakan.

Terbaru setiap Sabtu, Chilled Out! akan memilih dua kanak - kanak yang bertuah di restoran mereka dan makanan mereka adalah percuma!

Seronok jadi kanak - kanak sekarang kan?

Terletak berhadapan dengan MBO dan bersebelahan Kidz Paradize.
Dibuka setiap hari dari pukul 10pagi sehingga 9:30 malam [Ahad hingga Khamis] dan hingga pukul 10malam [Jumaat dan Sabtu], Chilled Out! juga menyediakan tempat jika anda ingin membuat sebarang keraian dengan kapasiti maximum 80 orang.


Persekitaran yang luas dan menarik
Suka tengok restoran ni.. comel comel jer semua tempat.

Comel tak...?

Susun atur yang menarik yang pasti membuat anda teruja,

Serving station juga tak kurang menariknya.

Disediakan nursery room yang lengkap untuk kegunaan pengunjung. Jadi takde masalah kalau tertinggal bedak ke, tisu ke sebab Chilled Out! dah sediakan untuk anda.

Susun atur yang ringkas tetapi menarik.

Turut disediakan bilik permainan yang boleh digunakan oleh anak - anak. Di sini juga mereka boleh mengikuti aktiviti yang disediakan oleh Chilled Out! Setiap minggu ianya berbeza!

Di dalam bilik permainan yang ceria

Aktiviti yang sedang dijalankan di bawah pengawasan oleh play guide yang telah dilatih. [ Thank you to Mummy Priscilla kerana benarkan saya memuatnaik gambar anaknya, Xavier Ng yang sedang berseronok tu]


Keceriaan yang berpanjangan di dalam restoran Chilled Out!
Disediakan juga beberapa sudut aktiviti / bahan bacaan and juga bilik aktiviti di mana kanak - kanak juga boleh mengikuti aktiviti memasak.
Pastinya anda ingin mengetahui mengenai menu di Chilled Out!...? Jom..






Saya telah memilih "Portabello Cream" yang merupakan sup cendawan yang berkrim.

seterusnya saya memilih "Chic N Chop on Grilled" yang seperti anda lihat adalah setengah ayam muda bersama salad and jagung. Pilihan sos juga disediakan.
sangat lembut dan berjus..

Gabungan kentang goreng dan keledek goreng..

"Shrimp Bisque" yang merupakan sup berkrim yang berasaskan makanan laut.

Ada gak pilihan lokal yang anda boleh pilih seperti "Nasi Lemak" dengan pilihan kari ayam atau ayam goreng.

"Pinocchio Pasta Carbonara" dari Kids Menu

"Pasta Carbonara" bersaiz dewasa. 

"Double Treasurers Stuff Chicken Wings" - kepak ayam disumbat dengan daging ayam cincang, udang cincang dan sayur.

Banyak lagi pilihan makanan yang anda boleh cuba. Yang pasti anda tak perlu risau apa - apa sebelum meninggalkan rumah kerana Chilled Out! juga menyediakan menu yang bersesuaian untuk bayi anda dari Kid Menu...!! 

Dari segi harga pulak adalah yang mampu bermula dari RM8 ke atas.

Lebih menyeronokkan anda boleh menghantar anak - anak bermain di Kids Paradize bersebelahan [yang merupakan adik beradik dengan Chilled Out!] yang selamat di bawah jagaan 'playguide' yang sentiasa memantau. [dan boleh buat pesanan makan dari sana pulak tu!]

Terdapat juga kawasan khas untuk kanak - kanak menjamu selera mereka jika anda perlukan sedikit ketenangan.


Jika anda ingin membaca pandangan lain mengenai Chilled Out! melalui rakan blogger yang lain, silalah lawati Howdidifallandlandhere. | Endless Randomtopia | My Lens Meet The World

NTGravity Zone ingin mengucapkan terima kasih kepada Chilled Out! kerana menjemput kami dan kepada Sarawak Bloggers Society untuk peluang ini.

Untuk menghubungi Chilled Out! :

Emel : team.vhesb[@]gmail.com
Telefon : 082 232 402 / 016 205 8092

Jangan lupa Follow dan Like mereka di Facebook [Klik Sini]

Bonus : 

NTGravity Zone sempat membeli Lasagna yang berharga RM5 dan Turkey Ham sandwich [RM4.50] hanya separuh harga saja! Bukan sebab "cable" besar ke hapa tapi sebab Chilled Out! mementingkan kesegaran dalam menyediakan makanan mereka dan tiada yang akan dijual semula esok hari. Oleh sebab itu mereka mengadakan promosi separuh harga selepas pukul 6 petang.


Comel dan ringkas tetapi sangat sedap!

NTGravity : Will come back with my 'army' [a.k.a my handsome nephew and my beautiful princess niece] and family soon.
Nokotta~!!

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!