3 x Benci 4 x Cinta Bab 4

Monday, June 18, 2012

Salam...

Suka baca novel ke..?

Maybe korang boleh cuba baca novel sulung aku yang aku dah upload kan di >>> Wattpad.com <<<


3x Benci, 4x Cinta

Novel ni mengisahkan Aliah yang tersepit di antara cinta pertama dan pertama kali dicintai.. Danial yang cuba mendampingi, Jeremy yang dikasihi dan Mr.'Kot-Hitam' yang mencuri hatinya dan merubah segalanya. Yang pasti setiap kali Aliah membencinya setiap kali itulah cinta si Dia berganda...

Siapa si Dia? baca laaa... hahaha...

Boleh rujuk entry aku tentang novel nieh kat >>> SINI<<< dan >>> SINI <<<

=== Idea Asal Novel ===


Cerita nie dari kisah sebenar dalam hidup aku suatu ketika dahulu di suatu pesta keramaian... (Ulang balik baca ayat aku tu sampai 'dahulu' jer yang lain tuh melalut dah. hahaha) Lelaki (bagi huruf G boleh? hehehe) itu memang menyentuh hati aku tapi masa tu aku dah buat keputusan. Kalau tidak, mungkin aku dah bernikah dah dengan dia dan hidup selesa. Aku pilih orang yang salah, maybe sebab masa tu aku masih dalam satu perhubungan tapi akhirnya aku terpaksa tinggalkan dia (huruf J la pulak.. hahaha) dalam situasi yang memang awkward laa.. Well Lelaki G memang ditakdirkan buat masa ini bukan untuk aku - dan mungkin betul kata orang - pilih orang yang mencintai kita... dari yang kita sendiri cintai.. huhu~

Beberapa tahun kemudian (selepas break ngan lelaki J) aku yang memang kaki novel English sejak remaja lagi, tak sengaja mula membaca balik novel melayu.. (Serious aku katalah - hasil penulisan zaman nie memang lebih santai tak macam novel dulu - macam untuk buku teks B.M. jer. Dah boleh mixed English. To me, lebih natural - pembaca macam aku, suka baca!) Tetiba idea aku nak menulis novel aku sendiri mencurah - curah macam air kena tadah dalam baldi. Beberapa jam pertama memang macam keretapi la aku menaip kat Communicator aku, masa tu apa saja salah ejaan or struktur ayat aku biar dulu, nama watak pun aku tak ada just guna initial jer - Contoh watak pertama A, kedua B ketiga C dan seterusnya. Kemudian bila aku berhenti - barulah aku nampak arah tuju cerita aku, then barulah aku mula cipta nama watak dan create a storyboard supaya tak kelam kabut. Aku memang tak tahu menulis novel yang betul tapi aku just belasah jer untuk pertama kali nieh.

Cuma aku nak korang tau, Lelaki G memang seperti watak Danial tapi Danial bukan Lelaki G dan Lelaki J adalah Jeremy.... <--- kalau korang tak paham.. baca lah novel ini dan ikuti sampai habis... Insya Allah, korang akan dapat memahami.

Selain tuh watak untuk Novel aku nie aku dah pilih - so bila korang baca korang boleh imagine sikit.. taklah bayangan hitam jer... Tapi kalau korang nak imagine watak korang sendiri.. silakan...

Nie cover novel aku... 



Honestly Ladies, bergetar tak jiwa korang tengok photo dia? Mine, yes! Mungkin sebab aku sendiri menulis dan menghayati jalan cerita novel aku tuh... 

Mula - mula aku pilih Shanaaz Ahmad tapi setelah beberapa bab, dia tak nampak 'Danial-ish'. Lepas tu aku pilih Adiputra tapi rasanya dia sangat fofular taknak pulak cliche. Yang kacak kuasa lapan juta macam Aaron Aziz, Remy Ishak, Annuar Zain, Shah Jazle dan sebagainya memang tak tersenarai langsung.. Aku tolak pelakon terlalu hensem.. sebab realitinya jarang jumpa pasangan kita sebegitu - selama aku pernah berboyfriend, takde pun boyfriend - boyfriends aku sekacak dorang. Ok out of topik tuh.. hahaha

Anyways, lama jugak aku cari watak Danial yang down-to-earth, seorang doktor, a fighter and a lover.. <-- hint dah nie! Aku tak rasa dia nieh hensem tapi dia so maskulin~!!! *Cair....* Bila sampai suatu bab itu nanti korang akan faham kenapa aku pilih beliau... Itupun kalau our mind in the same page! hehehe


Aku pernah tengok dia dalam drama tapi aku tak pernah betul - betul minat dia.. tapi masa aku mula menulis untuk watak 'Hakimi' - wajah dia yang muncul dalam kepala aku... 'Hakimi' ni seorang arkitek jadi dia secara automatik selalu smart (samada wearing suits or casual) - cuba korang tengok wajah Mizushima Hiro nieh... Ada tak nampak aura ke'smart'an nya? Lagipun dia nampak padan dengan watak Nurmiza nanti...


Aku suka gila dengan Anne Hathaway, mula - mula aku nak tetapkan dia as watak Aliah tapi really, macam tak kena jer.. Lagipun cuba tengok Anne Hathaway as Nurmiza - seorang Pengarah Perhubungan Awam dan Sumber Manusia, so aku terbayang Anne Hathaway dalam filem 'Devil's Wear Prada' ngam jer! - ditambah lagi bila dipasangkan ngan watak 'Hakimi' macam cun jer... hahahah


I always adore Vin Diesel. Aku rasa bersalah jer guna Vin Diesel jadi watak antagonis aku tapi dia really the closest figure untuk watak Jeremy. Really, sesiapa betul - betul kenal aku - kalau baca tentang Jeremy nieh amat menyerupai seseorang yang aku tak nak sebut lagi namanya... Hahaha <--- Kes patah hati yang membuatkan aku single sampai sekarang... Chehh promote la tuh! Hahahah...

Watak Aliah....? Watak Mr. Kot-Hitam? Haaaa surprise surprise~!!!

Itu nantilah kat next update okey... Oh yeah, dalam previous entry aku ari tuh, aku dah announce akan update novel aku di wattpad.com setiap dua minggu tapi ada silent-reader aku mencadangkan aku teruskan update setiap minggu supaya tak dragging menyebabkan pembaca lupa jalan cerita or worst lupa nak baca...!

Thank you JunLuvFeq~!!

3 x Benci 4 x Cinta

Bab 1 >>> Mula Baca <<<

Bab 2 >>> Mula Baca <<<

Bab 3 >>> Mula Baca <<<

Bab 4 >>> Mula Baca <<<

NTGravity : Ada sesuatu yang aku ingin sangat nak suarakan tapi.....

Haiiittt~!!!!

You Might Also Like

2 Rants Found

  1. bab2 towk suma pt download x? mun pt, berik link download leh x? mun mowk berik lh. lawk2 baruk baca. time2 towk xda mood. heheh.

    text to hafizpeace93@gmail.com
    thanks

    ReplyDelete
  2. Abdul Hafiz...
    mun ktk guna android or iphone nya ada Wattpad app boleh download.. dari sia ktk boleh create library.. Bila ktk dah download, tok mobile app code : 4858516

    Thank you~! Selamat membaca!

    NTGravity

    ReplyDelete

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!

Award ♥

Thank You to Elyn!

NTGravity @Google+

Like Us

NTGravitians Circle

Stat Counter