Di sini Lahirnya Sebuah Cinta : Memori Bandar Kuching

DISCLAIMER : CREDIT ALL PHOTOS IN THIS ENTRY TO ALL THEIR RESPECTIVE OWNERS....

Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera...


Akhirnya aku berjaya kembali menaip untuk blog kesayanganku ni.. Setelah 3 bulan lebih aku tinggalkan (waima ada jugak beberapa entri terbaru mengenai aku ke Ba' Kelalan, Borneo Music Expo dan Rainforest Music Festival) tetapi kekangan masa tak mengizinkan. Aku masih ada beberapa entri yang sedang menunggu untuk dikemaskinikan. Sabar yer pembaca ku yang tersayang!

Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 hanya beberapa jam lagi dan tema tahun ini ialah...



DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Aku rasa tema ini benar – benar menyentuh hati aku, salah satu sebab sememangnya sebab lagu “Warisan” dari Allahyarham Sudirman Haji Arshad [ Sedekahkan Al Fatihah kepada beliau yer... terima kasih..], yang amat patriotik bahkan lagu “Di sini lahirnya sebuah cinta” dendangan Bob Yusuf juga tak kurang sedapnya.

Aku rasa yang membuatkan aku tersentuh di hati sebab memang di sini lahirnya sebuah cinta... di Malaysia ini.

Aku dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan [ mak aku orang Klang]... Pernah tinggal beberapa tahun di Kota Kinabalu, Sabah dan kemudian membesar dengan sihat di Kuching, Sarawak. [Aku sekarang dah kira Sarawakian laa.. ayah orang Sarawak.]

Tahun ini aku akan menyambut ulang tahun yang ke 35 [ In Shaa Allah, kalau umur panjang ] dan lebih kurang 30 tahun aku hidup di Kuching [ ada gak aku merantau jap ke beberapa tempat ]... memang banyak yang dah berubah... yelah, takkan macam tuuuu je kan... Nama pun ‘Kehidupan’... kan?

Baru hari ni aku berkesempatan nak dapat menghadap komputer dan idea ni memang spontan... dan hasil carian pun memang dari Encik Google...

DISCLAIMER : CREDIT ALL PHOTOS IN THIS ENTRY TO ALL THEIR RESPECTIVE OWNERS.... except with “NTGravity Zone” watermark.

Alkisah nya, masa  aku tengah Google, aku terjumpa satu gambar lama bandar Kuching... kebetulan lagu “Warisan” tengah ke udara di tv... tiba – tiba air mata meleleh pulak... adoiyaaiii.... dan waktu aku menaip entri ni pun aku masih mencari kalau – kalau ada lagi gambar Kuching suatu masa dahulu... yang takde wujud lagi di waktu ini.

Jom tengok... especially yang muda remaja... korang takkan jumpa lagi beberapa bangunan bersejarah di Kuching ni... atau keadaan macam nie lagi..



Ni kat Electra House - suatu ketika dahulu tempat berjaja hasil desa.. Aku sempat merasai waktu meneman emak ke sini...

Sekarang : dah takde lagi dahh.... tempat tu kosong jer...










Gambier Street Market... amat dikenali di kalangan lokal sebagai Pasar Ceko... Ceko ni di ambil dari bahasa cina yang bermaksud singgit... kata ayah aku la..

*Thank you, ayah!*

Tempat ni tempat mencari barang basah atau barang dapur... Aku teringat waktu aku sekolah vokasional dulu, ada masa aku dan member sekelas singgah kat pasar ni nak cari bahan untuk masak keesokan hari.. [aku ambik kelas Ekonomi Rumah Tangga dulu...]

Pasar Ceko ni memang boleh cari apa jer la... sayur - sayuran ker, rempah ker, kelapa parut ker, air soya yang fresh ker, umpan kompon [ cacing untuk memancing ] ker, buah - buahan, daging ahhhh... apapa jer lah.... mesti jumpa... and lebih murah dari tempat lain...

Di sebalik Pasar Ceko ni... ada terdapat satu stall yang aku tak boleh lupa... Aku pernah di bawa oleh mak atau ayah makan di sana. Yang unik pada masa tuh, Satay Ceko - tempat yang santai dengan beberapa buah bangku kayu kecik di tebing sungai. Aku masih teringat lagi waktu tu, aku hanya entitled to drink sepiring air *depends ngan apa yang dorang minum*... ha'ah, sepiring jer, tapi... perghhhh....! *Heaven! Bukan selalu dapat makan di luar tau*

Di hujung Pasar Ceko nilah tempat kami tunggu bas. Mak kadang - kadang akan tinggalkan kami di bus stop tu kalau dia ada nak cari barang lagi, zaman sekarang kalau tinggal budak kecik taktaulah apa akan jadi. 😅  Ada gak kes kena tinggal bas... macam - macam memori laa.. Sampai lah aku bekerja pun aku masih naik bas dan kadang kala tunggu kat situ. Sampai la aku dah beli kereta sendiri. Kira lama gaklaa aku tak naik bas tu. Harga tiket bas pun aku dah tak tau.

Sekarang : Dah takde dahh.... Dah bertukar jadi waterfront... Sangat kesian...



Stall kat sini tempat mak aku belanja kami makan mee jawa... kalau nasib baik dapat yang special ada tambah satay....


Sekarang : Dah takde... tempat tu dah bertukar jadi kolam tempat rekreasi...



Kat sini kalau nak cari baju ke, tali kasut ker, tali pinggang ker apa - apa pun boleh gak.. Nak betulkan barangan elektrik pun ada. Jahit baju pun ada gak...
Sekarang : Dah takde... tempat nie pun dah jadi waterfront...



Di sini lah semua bas hijau (Sarawak Transport Company atau dikenali as STC) berkumpul. Cari jer nombor bas. Masa tu kalau nak ke rumah kena naik bas 8A atau 8G.


Sekarang : Dah takde... dah jadi waterfront.... bas masih beroperasi.


Ni Post Office - dulu memang tempat tunggu bas.. Kalau lepas sekolah sesi pagi atau sesi petang (sekali time orang balik kerja) penuh...!! Masa mula - mula kerja pun kat sini gaklah menunggu bas sambil mencuci mata mencari bakal jodoh.


Sekarang : Masih ada... tapi tak seramai dulu... bukan tempat tunggu bas lagi.. cuma tempat lalu lalang....


Area ni dulu treasury building... di depannya hentian bas.. biasanya ni second last tempat kebanyakan bas berhenti. 

Sekarang : Dah takde dahh... Sekarang nie dah menjadi shopping complex...



Ni antara 'shopping complex' yang lama di Kuching... waktu kecil kalau dapat datang sini mesti akan pergi ke Sugarbun (macam KFC tapi local punya.. sekarang dah banyak cawangan). Yang aku ingat sampai sekarang ialah MILKSHAKE... time tu mahal giler tau, kalau ayah spon (read:sponsor) kami adik beradik sorang satu milkshake tu memang very very good day for us la... seriously!

Zaman remaja pula, ni la jugak tempat aku belajar main dram sebab kat sini popular dengan jamming studio. Tu je la aktiviti hujung minggu tapi tak selalu laa sebab takde bajet kan.... yelahh masih di sara orang tua...

Bila dah kerja pulak, kat sini gak laa aku belajar main 8Ball pool [ Billiard ]... Nak carik kaset rare kat sini laa, salun faveret aku pun kat sini..

Sekarang : Masih ada... dan berwajah baru....kedainya dah tak sama...




Ni gambar Aurora Hotel... aku sempat pergi ke Sarawak Information Centre yang terletak di bangunan ni untuk kerja kursus masa tingkatan dua...


...dan aku sempat gak tengok bangunan tu dirobohkan untuk bangunan baru...


Sekarang : Inilah bangunan baru menggantikan bangunan lama - sebuah hotel yang jugak tempat aku pernah mencari rezeki selama 8 tahun.

Di situ jugalah pernah lahirnya cinta.... dan kecewa... beberapa kali... huhu sampai sekarang aku single dibuatnya.





Lorong ni terkenal dengan jualan barangan peribadi - pencuci muka, sabun, syampu dan sebagainya yang kebanyakan datang dari negara jiran. Kat sini gak kalau nak cari baju kemeja atau baju 'kecik' yang murah. Yelahh boleh bargain selagi dapat... hahaha.... Nak cari aksesori pun boleh kat lorong nie... Ni ala - ala Uptown laa tapi kecik jer... hahaha

Sekarang : Hanya tinggal lorong....




Aku teringat aku sempat merayau di kawasan ni zaman remaja dulu... kat sini dulu, di sebelah belakang bangunan ni ada tempat letak kereta yang selalu gak ada jualan pasar malam.. dan terletaknya sebuah restauran makanan yang sedap.. Supersonic cafe namanya.

Sekarang : dah takdak dahhh.... dah menjadi sebuah komplek membeli belah...



Haaa... kalau korang tak tahu.. dulu Lebuh India boleh guna masuk kenderaan dan aku sempat berada di zaman ini...

Sekarang : hanya untuk pejalan kaki jer... Memang tempat yang sesak kalau ada perayaan...
Tempat ni memang antara tempat yang selalu pergi la.. nak carik kain ela ker... perkakas ke... bahan buat kuih ker... 


Panggung wayang Cathay yang merupakan tempat aku pertama kali menonton wayang dengan kawan sekelas... nak tau cerita apa? Cerita Sembilu... hahahah.... lupa dah wooo...

Sekarang : macam yang korang tengok... kesian tak? 

Teringat pulak.. waktu kecik dulu ayah selalu gak bawak kami makan cucur lok - lok (campuran cucur udang, cucur keladi, tauhu goreng 
 dan banyak lagi) kat satu lagi panggung wayang yang terkenal dulu di Kuching.. namanya panggung wayang Rex di Lebuh Wayang. Tempat makan tu kat tepi panggung wayang dan sentiasa penuh.


terletak di lokasi lebih jauh dari tempat asal...

Sekarang : Lama dah roboh.. sekarang nie dah jadi Medan Pelita - tempat letak kereta, cineplex moden dan kedai makan... tu pun dah start to rundown... huhu


Ni adalah Planetarium Sultan Iskandar yang masih beroperasi... Time ni aku tingkatan 4 dan 5 - kalau ada bajet aku dan member akan tengok tayangan video tentang angkasa lepas... sebelum atau selepas kami study group kat atas Civic Centre. 

Sekarang : Masih ada... tapi tak pernah pergi lepas abis sekolah...


Benteng Satok nama tempat nie... Nak cari makanan yang popular kat Sarawak / Kuching... datang jer kat sini.. bermula dari pukul 6pm sampai lewat malam... 

Sekarang : Dah takde di lokasi ni lagi... dorang dah dipindah ke lokasi baru.. tapi feel dia dah tak sama...



Gambar nie aku nak cerita pasal roundabout... rasanya kat Kuching zaman dulu ada banyak giler bulatan. Bukan setakat saiz macam dalam gambar ni jer tau ada yang besar sampai rasanya boleh buat perumahan aku rasa. Siyes!! Bulatan yang ada di Kuching ni dari yang besar bagak sampai tahap bapak kecik pun ada... hahaha...

dan nama bulatan kebanyakannya panjang - panjang... 


Sekarang : Banyak bulatan dah jadi flyover.. which aku rasa bagus gak dorang stok awal - awal.. jadi bila nak buat flyover takde la nak penat otak dorang YB ni memikirnya... #Salute


Jambatan Gantung nie ada kisah gak untuk aku... dulu malam - malam, ayah dan mak meniaga makanan tak jauh dari jambatan ni.. Aku dan abang selalu gak pergi kat sini memancing.. Seronok gaklaa..

Sekarang : Jambatan nie dah roboh tahun 2004 dan aku hairan gak kenapa tak dibina semula... sejarah gak tau.. antaranya jambatan nie pernah menjadi saksi Awang Mahyan dan pemain Sarawak FA terjun ke sungai Sarawak nie...

Setakat ni jelah entri aku tentang bandaraya Kuching yang menjadi kenangan untuk aku.. dan korang...

Di sini lahirnya cinta aku kepada Sarawak, Ibu Pertiwiku dan Malaysia, Negaraku... sebab semua yang aku cintai ada di sini...

Emak dan Ayah...,

Adik beradik...,

Anak Saudara yang comel...,

Saudara - mara...,

Kawan - kawan...,

Memori yang tak mungkin hilang...

...dan bila aku kata di sini bukan setakat di Kuching tapi di seluruh Malaysia!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57, Malaysia.

Merdeka!! Merdeka!!! Merdeka!!!!

Jom kita doakan untuk pejuang - pejuang kemerdekaan kita yang telah gugur... walau di mana pun mereka berjuang... samada sebelum merdeka atau selepas merdeka... 

Kenanglah segala kesengsaraan mereka, pengorbanan mereka, bersusah payah untuk keselesaan dan kesenangan kita sekarang... 

Doakan gak untuk semua mangsa MH17 dan MH370....


Al Fatihah 


[One Minute Silence]






NTGravity: Down to memory lane...
Haiitttt~!!

You Might Also Like

11 Rants Found

  1. Wow! Thanks! Benar2 nostalgia baca post tok. Baru teringat Treasury Building..kinek tok Merdeka Palace. Lorong ke Dockyard ya dah jadi jalanraya, Planetarium dah tutup last pergi 2015. Bas 8A ke Batu Kawah nak? Btw, siney tempat yang ada Supersonic ya owh? Nang sik ingat lg dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon,

      Sorry aher reply... bz keja... yalatekk... banyak dah berubah... legasi baru siknya tauk kali... Planetarium masih kinek tok... tapi bila show nya sik tauk laa.. lom juak sempat ngabas...
      Bas ijo 8A g BDC. Supersonic yaa dolok rah area depan pos office [now Plaza Merdeka] - dolok nya parking + deret kedey...

      masa kmk sekolah menengah dah tinggal kedey jak and Bank [1996]

      Delete
  2. Menggamit memori semasa bersekolah di sana.

    Farizol Mansor

    ReplyDelete
  3. Cnea area jambatan gantung ya mun Kinek masih ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown...

      Area Kubah Ria nyeberang Kpg Kudei sik jauh tpt makan old skol juak... rasanya bakal dipolah baru...0

      Delete
  4. Admin, xda simpan gambar Super Sonic, restoren legen. Dolok di tapak Plaza Merdeka mun x silap... hehehee... opposite dgn Pos Office yaa...

    ReplyDelete

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!