Kisah Aku dan MYDIN
Salaam...
Mula - mula sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada management MYDIN kerana sudi benarkan saya menghadiri majlis pembukaan MYDIN CityONE Kuching pada 30 Mac 2017 [Khamis].
Adakah ini kisah aku dan MYDIN...? Ohh belum lagi... baca dulu...
MYDIN CityONE ni adalah Pasar Raya Besar Mydin yang ke-25 di Malaysia. Secara holistiknya, MYDIN sebenarnya dah ada 322 buah cawangan dengan 11 buah konsep perniagaan. Banyak tu! MYDIN pun bukan la satu jenama baru di Malaysia cuma ia baru je sampai ke Borneo...
Sedang menunggu kehadiran VIP untuk acara pembukaan |
Laungan semangat dari krew MYDIN |
Ketibaan ahli Lembaga Pengarah MYDIN dan para jemputan. |
Persembahan tarian tradisional Sarawak. |
Bacaan Ikrar dari staff MYDIN |
Ucapan pembukaan oleh Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. |
Selepas itu majlis pembukaan disempurnakan oleh Dato' Murad Ali Bin Mydin yang merupakan Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd bersama ahli Lembaga Pengarah MYDIN yang lain. |
Keluasan MYDIN CityONE ialah 92,045 kaki persegi. 64,880 kaki persegi merupakan keluasan pasar raya besar yang menjual pelbagai jenis barang dan bahagian mall pula berkeluasan 27,164 kaki persegi yang merangkumi 18 lot kedai jualan dan 33 lot promosi.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di MYDIN CityOne seeperti surau lelaki dan perempuan, ATM, kemudahan tempat letak kenderaan [termasuk untuk OKU], bilik penyusuan bayi dan banyak lain laa...
MYDIN juga turut menyediakan satu sudut khas yang dipanggil 'Sarawak Corner' untuk menjual produk tempatan. |
Akses yang mudah untuk bergerak.. |
Pilihan rempah masakan sedia menanti pembeli |
Bahagian bahan mentah |
Senyuman dari pelanggan pertama MYDIN CityOne, Dato' Murad Ali bin Mydin. |
Sidang media bersama bos Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd dan Kenbest. |
- MYDIN CityOne adalah cawangan kedua MYDIN di Malaysia Timur.
- Lokasi strategik yang berhampiran dengan kawasan perumahan, institut pengajian dan lebuh raya.
- menawarkan produk HALAL sahaja dengan harga borong sepanjang masa.
- pilihan yang lengkap dan pelbagai di bawah satu bumbung
Warga MYDIN membuat kejutan bagi meraikan ulangtahun kelahiran Dato Murad Ali dan isterinya, Datin Mumtaz yang hanya beza sehari. |
Ahli lembaga pengarah MYDIN Mohamed Holdings Sdn Bhd. |
Macam real tak? Hahaha. |
Mungkin ada yang bertanya apa kena mengenanya kisah aku dan MYDIN kan?
Sebenarnya MYDIN laa tempat pertama aku shopping dengan gaji pertama aku di perantauan back in 1998. Masa dapat gaji yang tak seberapa tu Mader [baca : Mother - panggilan aku kat Mak] pesan, belilah yang awak perlu. Makanan ke.. pakaian ke... biar nampak tu laa hasil awak berkerja.
Terus teranglah, masa aku masuk MYDIN [kalau tak silap di MYDIN Klang - aku hanya ada satu bagpack yang aku pakai sejak form 5, baju tshirt, seluar jeans, kasut sport BATA [plus stokin]. Aku keluar bagpack aku penuh barang! Aku ingat gaklah betapa rambangnya mata aku masa tu tengok barang dengan harga patut. Siap hantar ke Kuching, keronsang baju / butang baju melayu untuk Mader and Fader. Kad raya besar yang ada muzik tu... [yer tempat lain pun ada jual, maksud aku sekali harunglaaa aku membelinya di situ]
Walaupun aku berhenti kerja 2 tahun kemudian dan balik ke Kuching, rasanya itulaa kali terakhir aku pegi MYDIN.
Bila aku tau MYDIN nak bukak di Kuching, aku memang excited tapi masa opening MYDIN Samariang, aku tak dapat pergi sebab aku sibuk dengan kerja. Jadi MYDIN CityOne, here i am...
Mungkin untuk orang lain, it's just another mall/hypermarket/supermarket in town... tapi untuk aku it's personal, ada sentimental value dan kerana pengalaman pertama aku di MYDIN, aku tak pandang pada jenama. Selagi ianya ok pada mata aku, sedap di pakai.. okla tu.
I hope it's not too late untuk aku kata 'Selamat Datang Ke Sarawak' kepada MYDIN.
NTGravity : Street smart...
Nokotta~!!
2 Rants Found
wow..sangat menarik dan mengujakan Mydin datang Sarawak...
ReplyDeletep/s : Selamat berkenalan
Hero Borneo,
DeleteMemang mengujakan... hahaha...
p/s : Salam kenal gak... :)
NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!