Cinta Takkan Berakhir bersama Anuar Zain

Salaam...

Mula - mula sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan MYDIN kerana menjemput NTGravity Zone menghadiri Anuar Zain Album Tour 2017 pada 09 April 2017 yang lalu.

Baca kisah Aku dan Mydin di sini [LINK]


2016, Anuar Zain telah mengeluarkan album terbarunya yang kelima selepas 5 tahun.. album ini didedikasikan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.

Korang boleh jer dapatkan album terbaru beliau kat mana - mana outlet Mydin atau kedai muzik di seluruh Malaysia..

Mydin selaku penaja lokasi Anuar Zain Album Tour 2017 yang diadakan di beberapa cawangan Mydin terpilih, turut berkolaborasi bersama penaja lain termasuklah Wonder Glow, Head & Shoulder, Nescafe, CATs FM, Suria FM, Le Meridian Hotel dan Classic Billboard.

Untuk peminat di Sarawak, ini adalah kali pertama Anuar Zain kembali setelah hampir 13 tahun yang lalu!

❤️  Welcome back home, Anuar Zain! ❤️

Keadaan pada pukul 1.45pm.
Antara lokasi Mydin terpilih untuk siri Anuar Zain Album Tour 2017 ini adalah :-

- 26 Februari 2017 : Mydin Pulau Sebang, Melaka 
- 5 Mac 2017 : Mydin Parit Buntar, Perak 
- 26 Mac 2017 : Mydin Senawang, Negeri Sembilan 
- 9 April 2017 : Mydin City One, Kuching, Sarawak 
- 30 April 2017 : Mydin Samariang, Kuching, Sarawak 
- Dalam perancangan : Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak.

Untuk sesi Meet & Greet, apa yang peminat harus lakukan hanya dapatkan album terbaru Anuar Zain!
Terdapat lapan lagu dimuatkan di dalam album Anuar Zain iaitu Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Kembali, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi, Karena Aku Cinta dan Selamat Malam [lirik lagu ini ditulis oleh Anuar Zain yang berunsur lullaby].

NTGravity : My personal favourite semua dalam album ni... especially Hujan and Cinta Takkan Berakhir! It's on loop mode kat my Spotify since i dont know know when! Hahaha... 
Cats FM menghiburkan pengunjung CityOne Megamall sementara menunggu Anuar Zain membuat persembahan.

Antara peminat setia yang hadir, ada yang yang terbang dari Kuala Lumpur dan Brunei demi Anuar Zain! #Salute 
Penyampai Radio Cats FM sempat pulak menyakat... hahahaha.. dah tak sabar ni! 
Senyuman tu... bak lirik lagu Cinta Takkan Berakhir, "Namun satu yang pasti telah ku jatuhkan hati kepadamu.."
Anuar Zain telah menyampaikan 4 buah lagu pada hari itu... lupa lagu yang pertama and yang kedua sebab asyik sangat mengambil gambar sambil menatap akibat terpana arjuna di hati beta... untuk koleksi peribadi.
Pastinya detik termanis untuk peminat Anuar Zain hadir pada hari itu.
Anuar Zain sempat meluangkan masa selepas lagu ketiga untuk bertemu dan mengambil gambar bersama mereka.


Sewaktu di sidang media selepas selesai persembahannya, Anuar Zain berkata Kuching adalah antara lokasi terbaik untuk relaks..
Beliau juga memilih Umai dan Kek Lapis Sarawak antara makanan kegemarannya jika berkunjung ke Sarawak. 

Makanya selalu laa datang Kuching yerr... nanti saya belanja kek lapis Sarawak...ke Mee Kolok...

Anuar Zain merasakan sangat berbaloi mengadakan konsert di dalam mall kerana ianya lebih efektif untuk memperkenalkan album dan paling penting sekali bertemu secara terus dengan peminat.

Menjawab soalan media jika beliau mempunyai perancangan besar selepas ini, Anuar Zain berkata buat masa sekarang beliau menunda semua perancangannya ke tahun hadapan setelah trauma kehilangan suara pada awal tahun ini. Beliau juga mahu mengambil masa untuk memulihkan semangat dan suaranya sebelum kembali meneruskan perancangan beliau.

Ganbatte Abe Anuar!!

... *sigh*
Cats FM yang merupakan radio rasmi sewaktu siri jelajah di MYDIN Kuching ini juga akan turut mempromosi dengan mengadakan peraduan di radio dan memberi peluang pendengar untuk memenangi album Anuar Zain yang terbaru. 


Antara peminat menunggu giliran untuk bertemu penyanyi kesayangan mereka.

Peminat yang tak kira umur dan bangsa.. seronok sama minat!!

Sesi Meet & Greet
Dua Anuar Zain dalam satu gambar...
Alhamdullilah, Berbelas tahun menunggu... akhirnya saya dapat gak peluang jumpa Anuar Zain depan mata... Memang indah ciptaan Allah SWT nie... percayalah! 


Terima kasih Mydin Mohamed Holdings Bhd for this opportunity... 
#touchingmoment

Bagi peminat Anuar Zain, khususnya di Kuching yang terlepas siri jelajah beliau di CityOne Megamall atau yang terdahulu, jangan bersedih kerana beliau dijadualkan akan bertemu peminatnya di Kuching sekali lagi pada 30 April 2017 di Mydin Samariang. So...,


SAVE THE DATE : 
30 April 2017 | Mydin Samariang


Sapa tak datang, saya takmo nyanyi.... hehehe...
Oh yeah Anuar Zain sempat pesan jangan lupa tengok video klip lagu 'Cinta Takkan Berakhir' which is the sambungan dari 'Andainya Takdir' di laman YouTube. Oh yeah that plot twist!

Tak sangka Abe Shahrul Anuar pandai gak berlakon, suka gak tengok mimik muka dia.. very nice!

Semoga Anuar Zain terus dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga dipermudahkan semua perancangan beliau selamanya. Amin Amin Amin...

NTGravity : Timeless Anuar Zain... seriously! Try ikat rambut style man-bun jap...
Nokotta~!!

You Might Also Like

6 Rants Found

  1. menarik. amboi2 best nya berposing dengan anuar zain. hehe.

    ReplyDelete
  2. Arjuna awak, arjuna saya juga :D Haven't heard from him for a while now. This is a great coming back though.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nisa,
      haah.. Arjuna kita nieh kena share ngan thousand more out there... hahaha... Yup.. after 'Sedetik Lebih'..

      Delete
  3. I remember when you were tellling us about this. Hmmphh.. i was tempted, but i don't enjoy crowds hence why i skipped it, and also family obligations.

    But ur main photo ya, yg u up close ngan poster nya, nang real!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah.. luckily they provide area for media...

      Right...? hahahaha... after many shots in public area... hahahaha...

      Delete

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!