Assalamualaikum.. Salaam 16 Syawal 1442...
Lama aku tak menulis dalam blog ni. Banyak pending post sejak tahun lepas. In Shaa Allah bila aku ada kesempatan aku sambung yer...
Ok ke layout baru blog NTGravity Zone sekarang? Aku baru tukar tahun ni...
Bercakap pasal tahun ni.. 2021... banyak dugaan datang dalam hidup aku dari berbagai segi sampaikan aku rasa aku dah mula ada depresi.. atau hanya perasaan aku tapi kita cakap pasal tu lain kali yer. In Shaa Allah doakan aku kuat ok?
Kemuncak dugaan aku setakat ni ialah perginya lelaki pertama dalam hidup aku. Hero aku. My sweetheart. My personal food critic. My Fader [baca:Father].
Aku ditinggalkan ayah untuk selamanya...
Pemergiannya sungguh mudah, macam ada switch 'Off' - tapi yang sedih tiada pesanan terakhir dan sewaktu dia pengsan kedengaran di kala itu azan Subuh berkumandang.
Aku ditugaskan oleh abang untuk mengiringi ayah sewaktu ambulan sampai ke rumah. Di dalam ambulan - cubaan demi cubaan untuk mengembalikan degupan jantungnya. Sesampai ke wad kecemasan - aku di suruh untuk mendaftarkan ayah - aku sempat melihat mereka mengusung ayah dengan pantas dan sudah kelihatan ada tiub masuk melalui mulutnya.
Jangan ditanya perasaan aku pada masa itu. Sungguh aku tak dapat gambarkan.
Setelah itu, aku menunggu di ruang luar bilik resusitasi, sempat aku menelefon kawan rapatku meminta nombor telefon bos memandangkan aku tak membawa my work phone. Sempat memberitahu bos yang aku tak dapat hadir kerja pada hari itu iaitu Sabtu, 22 Mei 2021.
Setelah selesai bercakap dengan bos, aku menunggu seketika lagi - kelihatan seorang medical officer keluar dan menyebut nama ayahku. Aku menghampiri dan dia mula bertanya beberapa soalan dan kemudian memberitahu aku yang mereka akan terus cuba untuk menyelamatkan ayahku.
Namun ayat seterusnya mengundang gundah apabila dia memberitahu yang mereka akan mencuba untuk 30 minit [30minit tu dah berjalan dari ayah di masukkan ke bilik resusitasi] dan jika ayah masih tak memberi respon maka aku perlu tahu yang mereka akan menghentikan cubaan itu.
Aku hanya mampu mengganggukkan kepalaku. Dalam gigilan aku berjaya menaip kiriman whatsapp;
Tak lama medical officer yang sama keluar dan menggelengkan kepalanya. Allah SWT saja yang tahu betapa luluh hati aku di kala itu. Apabila dia bertanya jika aku mahu melihat ayah dan aku cepat - cepat mengganguk lalu di bawanya aku masuk ke dalam bilik resusitasi.
Kelihatan tubuh ayahku yang sudah diselimut sehingga atas paras pinggang dan mereka mula mencabut segala tiub yang ada pada tubuh ayahku. Mulanya aku rasa macam mimpi, sekelip mata aku kehilangan ayah sedangkan semalam kami sempat berbual petang setelah aku balik dari kerja. Aku memberitahunya aku nak masak mee kari esok hari sambil memberi roti kepadanya. Ya Allah, sungguh sekelip mata.
Lalu aku bacakan kalimah syahadah di telinga ayah. Aku sempat peluk, cium dahi dan usap ubun - ubun ayah dan kemudian aku diminta untuk tunggu di luar. Sekali lagi medical officer tersebut mengucapkan maaf dan takziah kepada aku sambil mengiringi aku keluar ke tempat menunggu.
Aku terduduk di bangku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Fikiran aku kosong memandang ambulan yang membawa kami tadi, kelihatan mereka sedang melakukan disinfection.
Inform family!
Ya Allah, berat nya tugas aku kali ni, bearer of bad news.
Aku menelefon abang sulung aku dan menyampaikan berita sedih, dikala itu dia masih dalam perjalanan membawa emak kami. Berat sungguh, akibat tak mampu berkata lagi aku memberitahu saja dalam Whatsapp untuk tatapan adik beradik ku;
Maka dari situ bermulalah tugas kami tiga beradik [termasuk adik iparku] menguruskan jenazah ayah - Dalam kami kebuntuan apa yang perlu dilakukan dahulu, bagaimana nak uruskan mandi dan kapan dan di mana ayah sepatutnya dikuburkan. Ini adalah pertama kali dalam keluarga kami. Alhamdullillah, Allah SWT permudahkan untuk kami - di datangkan bantuan dari pelbagai segi.
Lama aku tak menulis dalam blog ni. Banyak pending post sejak tahun lepas. In Shaa Allah bila aku ada kesempatan aku sambung yer...
Ok ke layout baru blog NTGravity Zone sekarang? Aku baru tukar tahun ni...
Bercakap pasal tahun ni.. 2021... banyak dugaan datang dalam hidup aku dari berbagai segi sampaikan aku rasa aku dah mula ada depresi.. atau hanya perasaan aku tapi kita cakap pasal tu lain kali yer. In Shaa Allah doakan aku kuat ok?
Kemuncak dugaan aku setakat ni ialah perginya lelaki pertama dalam hidup aku. Hero aku. My sweetheart. My personal food critic. My Fader [baca:Father].
Aku ditinggalkan ayah untuk selamanya...
Pemergiannya sungguh mudah, macam ada switch 'Off' - tapi yang sedih tiada pesanan terakhir dan sewaktu dia pengsan kedengaran di kala itu azan Subuh berkumandang.
Aku ditugaskan oleh abang untuk mengiringi ayah sewaktu ambulan sampai ke rumah. Di dalam ambulan - cubaan demi cubaan untuk mengembalikan degupan jantungnya. Sesampai ke wad kecemasan - aku di suruh untuk mendaftarkan ayah - aku sempat melihat mereka mengusung ayah dengan pantas dan sudah kelihatan ada tiub masuk melalui mulutnya.
Jangan ditanya perasaan aku pada masa itu. Sungguh aku tak dapat gambarkan.
Setelah itu, aku menunggu di ruang luar bilik resusitasi, sempat aku menelefon kawan rapatku meminta nombor telefon bos memandangkan aku tak membawa my work phone. Sempat memberitahu bos yang aku tak dapat hadir kerja pada hari itu iaitu Sabtu, 22 Mei 2021.
Setelah selesai bercakap dengan bos, aku menunggu seketika lagi - kelihatan seorang medical officer keluar dan menyebut nama ayahku. Aku menghampiri dan dia mula bertanya beberapa soalan dan kemudian memberitahu aku yang mereka akan terus cuba untuk menyelamatkan ayahku.
Namun ayat seterusnya mengundang gundah apabila dia memberitahu yang mereka akan mencuba untuk 30 minit [30minit tu dah berjalan dari ayah di masukkan ke bilik resusitasi] dan jika ayah masih tak memberi respon maka aku perlu tahu yang mereka akan menghentikan cubaan itu.
Aku hanya mampu mengganggukkan kepalaku. Dalam gigilan aku berjaya menaip kiriman whatsapp;
6:26am - Dorg gtau ayah kalau dalam 30mins takde respon - dorang will call off.
Kelihatan tubuh ayahku yang sudah diselimut sehingga atas paras pinggang dan mereka mula mencabut segala tiub yang ada pada tubuh ayahku. Mulanya aku rasa macam mimpi, sekelip mata aku kehilangan ayah sedangkan semalam kami sempat berbual petang setelah aku balik dari kerja. Aku memberitahunya aku nak masak mee kari esok hari sambil memberi roti kepadanya. Ya Allah, sungguh sekelip mata.
Lalu aku bacakan kalimah syahadah di telinga ayah. Aku sempat peluk, cium dahi dan usap ubun - ubun ayah dan kemudian aku diminta untuk tunggu di luar. Sekali lagi medical officer tersebut mengucapkan maaf dan takziah kepada aku sambil mengiringi aku keluar ke tempat menunggu.
Aku terduduk di bangku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Fikiran aku kosong memandang ambulan yang membawa kami tadi, kelihatan mereka sedang melakukan disinfection.
Inform family!
Ya Allah, berat nya tugas aku kali ni, bearer of bad news.
Aku menelefon abang sulung aku dan menyampaikan berita sedih, dikala itu dia masih dalam perjalanan membawa emak kami. Berat sungguh, akibat tak mampu berkata lagi aku memberitahu saja dalam Whatsapp untuk tatapan adik beradik ku;
6:37am - Innallillahiwainnallillarojiun. Minta maaf ayah dah takde.. dorang dah try
Dari urusan di balai polis, calitan Covid19 juga negatif melegakan semua dan membolehkan kami semua berkesempatan untuk bersama memandikan jenazah seterusnya menguruskan jenazah, menguruskan liang lahat dan menguburkan. Lebih kurang pukul 4:30pm jenazah ayah selamat dikebumikan.
Alhamdullilah. Rezeki arwah ayah kerana kuburnya dekat saja jadi ramai saudaranya datang dan berdiri jauh tapi nampak apa yang berlaku, yelah dalam keadaan kita sedang berperang dengan musuh yang tak nampak. Sewaktu talkin di bacakan dalam keadaan yang tengah panas terik, Allah SWT hembuskan sedikit bayu untuk kami semua langsung tak terasa panasnya - pada akulah sebab aku tak rasa panas.
Aku personally nak minta maaf kepada yang mencuba nak hubungi aku, mana yang sempat aku ada menjawab dan terima kasih tak terhingga atas sumbangan yang diberikan.
Aku memohon kepada yang mengenali arwah ayah Mahidi Bin Matahir @ Mostapha Bin Matahir - jika arwah mempunyai perkara, hutang atau nazar yang tertunggak, sila hubungi aku, In Shaa Allah akan kami cuba selesaikan. Sedekahkan doa semoga roh arwah ayah sentiasa berada dikalangan mereka yang dikasihi Allah SWT.
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam surga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka.” (HR. Muslim)
Hari ini adalah hari ketujuh ayah telah pergi meninggalkan kami. Benarlah seperti bait lagu Pergi Tak kembali - Rabbani;
Hari - hari terakhir arwah ayah pada aku adalah yang mengembirakan, kerana semua yang dihajatinya, Alhamdullilah kami tunaikan sebaik mungkin...
Di kesempatan ini aku mewakili keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu memudahkan urusan kami, hanya Allah SWT saja yang dapat membalas :
1. Pihak Hospital Umum Sarawak
2. Balai Polis Sekama
3. Haji Rahim dari Hospital Umum Sarawak yang membantu menguruskan jenazah dari bilik mayat hingga ke kubur.
4. Ustaz Nizam yang membantu bersama memandikan, mengkafan dan membaca talkin.
5. Tenaga kerja dari Masjid Al Ghazali Jalan Depo
6. Ustaz Nazri yang mendoakan dari Masjid Darul Barakah melalui panggilan telefon.
7. Tenaga kerja dari Masjid Jamek, Kuching - yang datang balik ke ofis untuk urusan liang lahat ayah kami.
8. Semua yang datang di hari pengebumian dan menjaga SOP Covid19
9. Rakan - rakan sekerja kami yang terpaksa berkerja untuk menggantikan tempat kami.
10. Semua yang terlibat secara langsung atau tidak.
NTGravity : Kuatkan hati kami semua, Ya Allah sebab kerinduan dah mula terasa dihati ini. Aku tahu kerinduan ini hanya masa yang dapat mengubat.
Alhamdullilah. Rezeki arwah ayah kerana kuburnya dekat saja jadi ramai saudaranya datang dan berdiri jauh tapi nampak apa yang berlaku, yelah dalam keadaan kita sedang berperang dengan musuh yang tak nampak. Sewaktu talkin di bacakan dalam keadaan yang tengah panas terik, Allah SWT hembuskan sedikit bayu untuk kami semua langsung tak terasa panasnya - pada akulah sebab aku tak rasa panas.
Alhamdullillah ayah ada isteri, anak - anak dan menantu yang baik yang bersama menguruskan jenazah ayah hingga ke kubur. |
Sekali lagi aku ditugaskan mengiringi perjalanan terakhir ayah ke rumah barunya.. |
Semadilah ayah... Kami semua akan menyusul nanti. |
Aku personally nak minta maaf kepada yang mencuba nak hubungi aku, mana yang sempat aku ada menjawab dan terima kasih tak terhingga atas sumbangan yang diberikan.
Aku memohon kepada yang mengenali arwah ayah Mahidi Bin Matahir @ Mostapha Bin Matahir - jika arwah mempunyai perkara, hutang atau nazar yang tertunggak, sila hubungi aku, In Shaa Allah akan kami cuba selesaikan. Sedekahkan doa semoga roh arwah ayah sentiasa berada dikalangan mereka yang dikasihi Allah SWT.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضُ مِنَ لدَّنَسِ.Ertinya:
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَا بِ الْقَبْرِ أَوَمِنْ عَذَابِ النَّرِ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضُ مِنَ لدَّنَسِ.
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَا بِ الْقَبْرِ أَوَمِنْ عَذَابِ النَّرِ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'aafihii wa'fu 'anhu, wa akrim nuzuulahu wawassi'mad kholahu ,waghsilhu bil maa'i wats salju walbaradi, wa naqqihii, minadz dzunubi wal khathaya kamaa yunaqqats tsaubul abyadhu minad danasi. Wa abdilhu daaroo khoiron min daarihi wa zaujan khoiron min zaujihi wa adkhilhul jannata wa a’idzhu min adzabil qobri wa min 'adzaa binnaar.
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam surga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka.” (HR. Muslim)
Hari ini adalah hari ketujuh ayah telah pergi meninggalkan kami. Benarlah seperti bait lagu Pergi Tak kembali - Rabbani;
Berpisah sudah segalanya yang tinggal hanyalah kenangan. Diiringi doa dan air mata, yang pergi takkan kembali lagi.
Hari - hari terakhir arwah ayah pada aku adalah yang mengembirakan, kerana semua yang dihajatinya, Alhamdullilah kami tunaikan sebaik mungkin...
Percutian terakhir bersama adik beradiknya sendiri. |
Satay yang digemari ramai orang dari air tangannya sendiri. Setelah lama tak menyediakan, pada sambutan early birthday adik iparku tahun [2021] ini adalah yang terakhir. |
Sambutan birthday arwah ayah yang ke 70 [24 April 2021] - seronok dia melihat keletahan cucu |
Syukur kami diberi kesempatan untuk meraikan hari raya bersama, semua orang sempat bermaafan dengannya. |
Bersama menantu dan cucu - cucu yang disayangi. |
Tinggal kenangan... tempat dia menghabiskan masa - membaca, menonton berita dan politik dari Youtube. |
Hanya malam pertama saja kami membuat tahlil bersama saudara terdekat. Ini antara malam hanya kami adik beradik [dan adik ipar serta anak - anak buah] bersama emak membacakan Yassin bersama. |
Di kesempatan ini aku mewakili keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu memudahkan urusan kami, hanya Allah SWT saja yang dapat membalas :
1. Pihak Hospital Umum Sarawak
2. Balai Polis Sekama
3. Haji Rahim dari Hospital Umum Sarawak yang membantu menguruskan jenazah dari bilik mayat hingga ke kubur.
4. Ustaz Nizam yang membantu bersama memandikan, mengkafan dan membaca talkin.
5. Tenaga kerja dari Masjid Al Ghazali Jalan Depo
6. Ustaz Nazri yang mendoakan dari Masjid Darul Barakah melalui panggilan telefon.
7. Tenaga kerja dari Masjid Jamek, Kuching - yang datang balik ke ofis untuk urusan liang lahat ayah kami.
8. Semua yang datang di hari pengebumian dan menjaga SOP Covid19
9. Rakan - rakan sekerja kami yang terpaksa berkerja untuk menggantikan tempat kami.
10. Semua yang terlibat secara langsung atau tidak.
11. Semua yang mendoakan.