KONSERT UNGU MOZAIK TOUR 2015

Salaam...

Pada 25 September 2015, NTGravity Zone (mewakili +Sarawak Bloggers Society) telah dijemput oleh Astro Radio (Era FM) untuk menghadiri sesi sidang media, meet & greet session dan showcase yang mungkin untuk terakhir kalinya untuk peminat band terkenal dari Indonesia, UNGU. Sesi sidang media dan meet & greet diadakan di Citadines Upland Kuching manakala showcase pula di CityOne Megamall, Kuching.



Suria Records telah mengambil inisiatif sebagai tanda penghargaan kepada peminat - peminat UNGU yang sentiasa menyokong band yang terdiri dari lima pemuzik berbakat iaitu Pasha, Enda, Roman, Makki dan Onci dengan menganjurkan KONSERT UNGU MOZAIK TOUR 2015 di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Secara peribadi saya sememangnya meminati Ungu dan peluang untuk bertemu dengan lebih dekat amat mengujakan!


Sedang media sedang berlangsung.
Pengurus Besar Suria Records Sdn Bhd, Edwin Tan
Dua artis Malaysia juga akan membuat persembahan pembukaan iaitu Wani Kayrie dan Mal Imran.
Ucapan aluan dari penyanyi kumpulan Ungu, Pasha.
Mozaik yang merupakan album penuh ke 12 mereka. Terdapat satu lagu kolaborasi bersama artis Malaysia iaitu Stacy untuk lagu 'Berteman Sepi' yang kini mula mendapat tempat di carta radio di Malaysia.


Bassist kumpulan Ungu, Makki menjawab soalan dari media mengenai pembikinan album 'Mozaik' 
KONSERT UNGU MOZAIK TOUR 2015 ini dikatakan mungkin konsert terakhir Ungu kerana vokalis Ungu iaitu Pasha kini telah bergiat aktif di dalam bidang politik dan bakal bertanding tidak lama lagi. 
*Good luck from us, Pasha!!*


Gitaris, Onci menjawab bagi pihak Ungu apabila ditanya mengenai hala tuju kumpulan itu. 
Jawapan Pasha pula...,



Setelah selesai, sesi 'one on one' bersama petugas media yang mahu info lanjut...


Ahli kumpulan Ungu sedang gigih menandatangani poster untuk peminat bertuah.
Sesi 'one on one' bersama Wani Kayrie dan Mal Imran juga turut diadakan.
Selfie bersama bakal Presiden? In Shaa Allah. Amin.
Nota : Goyang sebab nervous tau!
Bersama Mal Imran.
Wani Kayrie yang cantik ini baru berusia 15 tahun!
Pada malam nya pula bertempat di CityOne Megamall Kuching berlangsung konsert yang dimulakan oleh dua artist Malaysia iaitu Mal Imran dan Wani Kayrie.


Pengunjung bersesak untuk menyaksikan konsert percuma dari Era FM
Mal Imran | Photo Credit : Hani Lufti
Mal Imran yang berasal dari Kuching yang kini popular dengan single 'Cinta Sukar Ditafsirkan' merupakan bekas Mentor Legend, juara untuk pertandingan Soulstar 2011 dan Spotlight 2014.

Ikuti perkembangan beliau di Facebook : Mal Imran Official
Wani Kayrie | Photo Credit : Hani Lufti
Wani Kayrie pula yang mula meningkat naik menerusi lagu 'Jangan Jangan' juga membuat persembahan pembukaan.

Ikuti beliau di Twitter : Wani Kayrie



Aktiviti bersama pengunjung di CityOne Megamall, Kuching.
Penyampai ERA FM, Osha
Acara yang ditunggu... Ungu... sila lah menjamu mata... keindahan alam ciptaan Allah... hehe





Melting moment?
Ungu telah mempersembahkan tujuh buah lagu yang amat dekat dihati peminat iaitu Hampa, Demi Waktu, Tercipta Untukku, Berteman Sepi (duet bersama Wani Kayrie), Aku Tahu, Kekasih Gelapku dan Percaya Padaku...


Up close...
Wefie bersama peminat sewaktu mempersembahkan lagu 'Kekasih Gelapku'
Keadaan di dalam pusat membeli belah CityOne Megamall, Kuching.
Setelah itu acara Meet & Greet untuk peminat mungkin yang terakhir di Kuching sebelum berlepas ke Kota Kinabalu untuk jelajah konsert yang sama.

 | Photo Credit : Hani Lufti
Klik untuk lihat photo SINI

Untuk membaca ulasan dalam Bahasa English sila lawati rakan blogger, Hani Lufti di The Lunch Companion

NTGravity : Macam mimpi dapat jumpa Pasha apalagi semua ahli Ungu!
Haiittt~!!

You Might Also Like

2 Rants Found

  1. asalm hebat blog ni..follow blog ni..saya mohon follow jg blog orang kampung ya...hebat konsert ungu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... takdelah biasa jer... saya pun dah follow blog awak... boleh laa... sekali sekala diorg dtg Kuching.

      Delete

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!