Pass Rockzone Konsert ERA Sayang Sarawak Di Sini

Salaam...

Pastinya peminat tidak sabar untuk menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan mereka untuk Konsert ERA Sayang Sarawak diserlahkan oleh Emeron dan disokong oleh Technology College Sarawak dengan mempersembahkan artis-artis terkenal tempatan dan antarabangsa seperti penyanyi popular Indonesia Afgan, Akim & The Majistret, Black, Stacy, Altimet, Lawa Nie Geng, Deasy Natalina, Mal Imran, iR.Radzi, Nana Sheme, Wanie Kayrie dan Nadhar. Buat julung kali diadakan, Konsert ERA Sayang Sarawak yang bakal diadakan pada 12 Disember 2015, bertempat di Padang Merdeka jam 7.30 malam ingin memberikan hiburan yang terbaik buat warga Kuching.


Konsert ini dibawakan khas buat semua pendengar setia ERA fm Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada mereka di atas sokongan yang telah diberikan kepada stesen ERA fm Sarawak sepanjang tahun ini. Para pendengar ERA fm Sarawak dan juga seluruh penduduk Sarawak dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dan masuk adalah percuma. Ini juga merupakan masa yang amat sesuai buat penduduk Sarawak bagi memulakan kemeriahan sambutan pembukaan awal tahun 2016 iaitu dengan menghayati persembahan anak kelahiran bumi mereka sendiri.

Sebelum bermulanya persembahan, Skuad ERA akan bersama pendengar di atas pentas untuk lintasan istimewa dan sekaligus berpeluang memenangi barangan eksklusif ERA fm. 


Paling menarik dan bakal mengejutkan warga Kuching, peminat bakal berpeluang menyaksikan celoteh penyampai segmen Sarapan Pagi ERA fm JoHaRa Pagi ERA (Johan, Haniff dan Ray) yang sudah lama tidak menjejakkan kaki di Sarawak! Bukan itu sahaja, sepanjang menyaksikan Konsert ERA Sayang Sarawak pada hari Sabtu nanti,  penonton turut berpeluang memenangi  hadiah-hadiah menarik. 



Dengarkan frekuensi ERA 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan layari laman web, www.era.fm, fbsarawak.era.fm atau ikuti Instagram erafmsarawak untuk maklumat lanjut mengenai Konsert ERA Sayang Sarawak ini.

Berita baik untuk readers dan followers NTGravity Zone, kami ada pass Rockzone untuk di berikan kepada anda.

Anda cuma perlu Follow NTGravity Zone dan juga Like di FB kami di SINI dan kemudian Inbox di FB page kami untuk memenangi 2 pass ke Konsert ERA Sayang Sarawak. 



7 yang terawal sahaja akan dihubungi.

Jumpa di sana!!

NTGravity : ada ker yang sudi Follow Blog dan Like FB page kami?
Nokotta~!!

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!