#Pray4Sarawak : Usaha Bantuan Mangsa Banjir

Salaam...


Sejak minggu lepas beberapa kawasan di Sarawak mengalami hujan lebat dan air pasang besar yang menyebabkan banjir teruk dan tanah runtuh sehingga penduduk yang terlibat dipindahkan ke kawasan yang selamat.




Ada kawasan telah terputus bekalan elektrik setelah beberapa tiang elektrik tumbang akibat tanah runtuh tersebut. Kerja baik pulih bekalan elektrik telah dilakukan oleh Sarawak Energy Berhad manakala JKR telah berusaha membaiki akses jalan menuju ke kawasan yang terjejas akibat banjir tahun ini.






LAPORAN BENCANA BANJIR NEGERI SARAWAK TAHUN 2016
TARIKH : 23 Feb 2016
MASA : 1000 Hrs
JUMLAH KESELURUHAN 
Pusat Pemindahan : 47
Jumlah keluarga : 1825
Jumlah mangsa : 7207
BAHAGIAN TERJEJAS
1. Bahagian Kuching (31 PP)
I. Daerah Kuching - 19 PP
Jumlah Keluarga: 708
Jumlah Mangsa : 2769
II. Daerah Bau - 12 PP
Jumlah Keluarga: 229
Jumlah Mangsa: 1117
2. Bahagian Serian
I. Daerah Serian - 12 PP
Jumlah Keluarga: 602
Jumlah Mangsa: 2033
3. Bahagian Samarahan
I. Daerah K.Samarahan - 4 PP
Jumlah Keluarga: 286
Jumlah Mangsa: 1288
10 PP TELAH DITUTUP
I. Daerah Kuching - 5 PP
II. Daerah Bau - 2 PP
III. Daerah Padawan - 1 PP
IV. Daerah Samarahan - 2 PP
Siti Huzaimah Hj Ibrahim 
Pegawai Perhubungan Awam 
JPAM Sarawak/
Sekretariat JPBN Sarawak


#PROJEKBANJIR Sarawak perlukan bantuan anda.

ERA fm, MY FM dan hitz fm Sarawak, menyelaraskan usaha bantuan bagi keluarga yang menjadi mangsa banjir yang amat buruk di 47 kawasan di Sarawak yang memusnahkan kira-kira 1800 rumah. Antara beberapa tempat yang terlibat dengan banjir ialah Kampung Tebakang Melayu, Cina, Dayak dan Kampung Sorak di Serian, Kampong Simpok, Padawan, Seniawan di Bau, Batu Kitang dan beberapa lagi tempat terjejas dengan teruk akibat banjir.

Pada masa ini, beberapa pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir di tubuhkan, di dewan berhampiran dengan kawasan yang terjejas dan bekalan harian diperlukan bagi menempatkan lebih daripada 7000 mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir.


ERA fm, MY FM, dan hitz fm Sarawak menghantar skuad dan krew- krew ke E Mart Matang hari in dan esok di E Mart Batu Kawa untuk membantu memudahkan orang ramai menyalurkan bantuan kepada mangsa- mangsa banjir. 

Antara barangan yang diperlukan :

~ Makanan dan Minuman
~ Peralatan dapur
~ Tilam, bantal, selimut dan lain-lain 

Waktu pungutan bermula dari jam 12.30pm – 5.00pm atau anda boleh menghantar sumbangan terus ke 

Sekretariat Pusat Bencana Negeri Sarawak di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (JPAM), Petrajaya off Jalan Bako.

Ahli- ahli perniagaan seperti peruncit, pasar raya dan syarikat- syarikat besar di alu- alukan untuk menderma makanan, pakaian, dan barangan keperluan untuk kanak- kanak atau makanan untuk haiwan peliharaan di alu- alukan untuk membantu memberi sumbangan kepada mangsa- mangsa banjir yang memerlukan.

Penyampai- penyampai ERA fm, MY FM dan hitz Sarawak juga akan berada di dua tempat pemungutan tersebut untuk membantu orang ramai menghulurkan bantuan. Maklumat lanjut dan info yang terkini anda boleh layari Facebook ERA fm, MY FM dan hitz FM Sarawak.

Mohon anda sebarkan mengenai #projekbanjir Sarawak ini.

NTgravity : Al Fatihah untuk Sarawak.
Nokotta~

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!