Anuar Zain di Mydin Samariang

Saturday, May 20, 2017

Salaam...

Mula - mula sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan MYDIN kerana menjemput NTGravity Zone menghadiri siri jelajah kedua Anuar Zain Album Tour 2017 di Kuching pada 30 April 2017 yang lalu.

Baca kisah Aku dan Mydin di sini [LINK] atau Cinta Takkan Berakhir bersama Anuar Zain di sini [LINK]

[Recap] 
Antara lokasi Mydin terpilih untuk siri Anuar Zain Album Tour 2017 ini adalah :-

- 26 Februari 2017 : Mydin Pulau Sebang, Melaka 
- 5 Mac 2017 : Mydin Parit Buntar, Perak 
- 26 Mac 2017 : Mydin Senawang, Negeri Sembilan 
- 9 April 2017 : Mydin City One, Kuching, Sarawak 
- 30 April 2017 : Mydin Samariang, Kuching, Sarawak 
- Dalam perancangan : Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak. 

Penyampai Cats FM berhibur dan berinteraksi bersama pengunjung Mydin Samariang dan peminat Anuar Zain.
Keadaan sebelum kemunculan Anuar Zain.
Anuar Zain menghiburkan peminatnya dengan mendendangkan lagu "Kau Bunga Cintaku" sebagai pembukaan.
Lagu kedua dari Anuar Zain adalah "Kembali" yang turut dimuatkan di dalam album terbarunya ini.

Selfie bersama my BFF yang juga my #ProjekTidoLuar team. Believe jer takde.
[p/s : Believe is my #ProjekTidoLuar mascot aka teddy bear ]
2016, Anuar Zain telah mengeluarkan album terbarunya yang kelima selepas 5 tahun.. album ini didedikasikan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.

Korang boleh jer dapatkan album terbaru beliau kat mana - mana outlet Mydin atau kedai muzik di seluruh Malaysia.. Terdapat juga di Spotify dan iTunes - so jangan lupa subscribe yer.

Mydin selaku penaja lokasi Anuar Zain Album Tour 2017 yang diadakan di beberapa cawangan Mydin terpilih, turut berkolaborasi bersama penaja lain termasuklah Wonder Glow, Head & Shoulder, Nescafe, CATs FM, Suria FM, Le Meridian Hotel dan Classic Billboard.


Anuar Zain berduet bersama 'Cikgu Din' untuk lagu yang sedang hangat - "Andainya Takdir".
Anuar Zain sempat meluangkan sedikit masa untuk sesi 'selfie' bersama peminatnya yang berada sekitar pentas.

NTGravity : Sambil tu aku menyenap gambar beliau... untuk koleksi peribadi.. huahuahua😜










2016, Anuar Zain telah mengeluarkan album terbarunya yang kelima selepas 5 tahun.. album ini didedikasikan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.

Korang boleh jer dapatkan album terbaru beliau kat mana - mana outlet Mydin atau kedai muzik di seluruh Malaysia..

Mydin selaku penaja lokasi Anuar Zain Album Tour 2017 yang diadakan di beberapa cawangan Mydin terpilih, turut berkolaborasi bersama penaja lain termasuklah Wonder Glow, Head & Shoulder, Nescafe, CATs FM, Suria FM, Le Meridian Hotel dan Classic Billboard.


Lagu terakhir and my most favourite so far - Cinta Takkan Berakhir. 
Lagu ni ada di mana - mana my Spotify and iTunes playlist... serious very catchy and love the lyric!

Pastikan korang tengok gak MV untuk lagu Andainya Takdir dan Cinta Takkan Berakhir. Anuar Zain berlakon tau!! Nak tengok? Sila scroll bawah...


Andainya Takdir yang sudah mencapai 4juta tontonan sejak di muat naik pada Sept 2016.


Cinta Takkan Berakhir yang di muatnaik pada Jan 2017 telah mendapat 620k tontonan.


Bersama media sebelum sesi 'Meet and Greet' beliau bersama peminat yang sedang menunggu di luar.
Sempat gak mengajukan soalan kepada Anuar Zain jika beliau ada perancangan kembali ke dunia lakonan setelah melihat beliau berlakon di MV nya, jawapan Encik Anuar Zain :


"...Saya lebih selesa untuk menyanyi..."

Beliau juga berterima kasih kepada pengarah dua MV tersebut iaitu Amor Rizan yang memberinya tunjuk ajar bagaimana melakonkan watak dengan berkesan dan juga pelakon yang bergandingan yang sangat bagus dalam melakonkan watak mereka di antaranya Sharifah Sakinah, Syafiq dan Puteri Balqis.

Tambah Anuar Zain, mereka juga memberikannya semangat dan membantu sepanjang pengambaran kedua - dua MV tersebut.


Rezeki dapat jumpa dua kali dalam tahun ni...
NTGravity : Semoga Anuar Zain terus dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga dipermudahkan semua perancangan beliau selamanya. Amin Amin Amin... Tomey sangat ikat rambut.... ngeeeee~😍
Nokotta~!!

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!

NTGravitians

NTGravitians Circle

Award ♥

Thank You to Elyn!

Stat Counter