Afgan ‘L1VE TO LOVE’ Di Kuching

Assalamualaikum... [ May Peace Be Upon You]...

ERA mempersembahkan Afgan 'L1VE TO LOVE'  di Kuching pada 14 September 2014. Afgansyah Reza, seorang penyanyi solo terkenal berasal dari Indonesia berusia 25 tahun. Beliau  yang lebih dikenali sebagai Afgan akan berada di Kuching untuk mempromosikan album terbarunya 'L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE' dengan single terbarunya 'Katakan Tidak' akan menghiburkan peminatnya di The HILLS Shopping Mall, Aras Concourse pada pukul 2 petang. 


Peminat yang teruja untuk bertemu Afgan secara dekat dan peribadi  berpeluang untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra dan mendapatkan pass ‘Rockzone’ dari ERAfm Sarawak. Anda perlulah menjadi pemanggil pertama melalui di 082 420961 apabila penyampai ERA memainkan  isyarat memanggil  dan peserta haruslah memberi kata laluan "Afgan LIVE TO LOVE" untuk mendapatkab pass “Rockzone” dan menyanyi satu lagu Afgan untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra beserta pass “Rockzone” pada hari  tersebut. Di samping itu melalui jam bonus, ERA fm Sarawak akan memberikan akses eksklusif untuk makan malam bersama Afgan kepada satu pemenang bertuah.


Untuk  pendengar ERA di Sabah :
Peluang untuk menyaksikan showcase Afgan di Kuching. Pemenang akan menerima penerbangan dan penginapan akan dibiaya penuh selama 2 hari, 1 malam perjalanan ke Kuching, autograph album, menghadiri sesi beramah mesra serta makan malam eksklusif bersama Afgan melalui "ERA MeleTOP". Pendengar perlu menjadi  pemanggil pertama melalui talian 088 485 024 dan menjerit  'Saya mau jumpa Afgaaaaaaaaan ....!’ yang paling lama untuk memenangi perjalanan ke "Afgan L1VE TO LOVE" showcase di Kuching. 
[Seronoknyaaa jadi pendengar dari Sabah bah!...]

Selain memenangi melalui ERAfm, The Hills Shopping Mall dan Stesen One Café akan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan jemputan sesi beramah mesra & pass ‘Rockzone’  juga. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/hillsmall.kch, www.facebook.com/station1kuching atau hubungi  Hills Shopping Mall at  082 253309.

Bukan itu sahaja, peminat Afgan juga akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada Syamin seorang penyanyi baru yang berasal dari Sarawak. Syamin kini tampil dengan single pertamanya yang berjudul “Lagi dan Lagi”. Lagu dan lirik oleh komposer terkenal Malaysia Ajai, sebuah nama yang cukup besar dalam industri hiburan tanahair.  


Acara ini disokong oleh Leema, Drink The Music dengan kerjasama The Hills Shopping Mall, SRC, Station One Café dan Orang Kampong.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai showcase "Afgan L1VE TO LOVE" di Kuching,  sila layari fbsarawak.era.fm, fbsabah.era.fm dan dengarkan ERAfm Sarawak & Sabah.

Kepada semua fans Afgan... kalau ada yang nak raikan kedatangan beliau di airport Kuching datanglah 13 September nie dalam pukul 9.30am... 

NTGravity : Sangat suka suaranya lembut gitu... Romantis gitu... Iya iyalahh....
Haiitt~~!!!

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!