Seni Membuat Filem

As Salam.... Hello.....

Pertama sekali NT Gravity Zone ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) kerana sudi menjemput saya ke program pada 23 March yang lalu mengenai  "The Art of Film - Making" di Sarawak Tourism Complex, Kuching.


Program ini dianjurkan oleh Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Solidcom Vision disokong oleh Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Objektif program ini adalah :
1. Untuk membangunkan modal insan dalam industri filem
2. Untuk menyediakan satu platform untuk pembangunan belia kreatif; dan
3. Untuk menggalakkan ciri-ciri yang unik dan tempat sarawak sebagai tempat yang lebih baik untuk membuat filem.

Sedikit mengenai AZAM :

Angkatan Zaman Mansang (AZAM) yang bermaksud "Pergerakan untuk Kemajuan" adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan bukan kerajaan yang bertujuan untuk memudahkan usaha-usaha pembangunan di Sarawak melalui mempromosikan komunikasi pembangunan.

Untuk menyumbang kepada usaha negara untuk menggalakkan kesedaran pembangunan dan penyertaan di kalangan rakyat, AZAM berusaha untuk mencapai objektif berikut: -

* Untuk membantu mendorong rakyat untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan;
* Untuk menggalakkan pemahaman dasar dan program kerajaan di kalangan rakyat;
* Untuk membantu kerajaan dalam program pembinaan negara melalui promosi persefahaman di kalangan rakyat dengan cara komunikasi yang lebih baik dan interaksi sosial.

Kumpulan sasaran AZAM terdiri daripada pemimpin masyarakat, masyarakat luar bandar, belia dan wanita, barisan hadapan dan kakitangan kerajaan, pengamal media, kanak-kanak sekolah dan masyarakat umum.

Lawati mereka di [FACEBOOK atau WEBSITE]

Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi - tiada bayaran dikenakan.

Pengenalan dan sesi suai kenal bermula oleh Encik Mohd. Ariff Irwani Azahari yang merupakan Pengerusi untuk Jawatankuasa Pembangunan Belia 2012/2014 di AZAM Sarawak.




Sesi Pertama bermula dengan tajuk "Tinjauan Mengenai Industri Filem Di Sarawak" - Panel untuk sesi pertama itu adalah Encik Mohd Subri Abdul Ghani yang merupakan Ketua Jabatan  di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Sarawak. Beliau juga akan membincangkan mengenai "Finas Sarawak  : Peranan Dalam Menggalakkan Filem Tempatan"

Untuk mengetahui tentang FINAS (klik SINI )


Moderator untuk sesi ini adalah Encik Saee Dris, Timbalan Presiden Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak (klik untuk menyertai kumpulan ini di FACEBOOK)



Menurut Encik Mohd Subri pengeluaran filem tempatan di Sarawak masih ditahap rendah berbanding dari Semenanjung Malaysia dan Sabah maka ia menjadi cabaran untuk FINAS Sarawak untuk meningkatkan pengeluaran filem di Sarawak ini

Setakat ini hanya ada 15  - 17 syarikat yang aktif telah memohon lesen pengeluaran filem itupun bergantung kpd slot - slot dari stesen tv dan mereka belum pernah mengeluarkan filem cereka.

Untuk pengetahuan korang nak memohon lesen ini agak ketat sebab mestilah pemilik syarikat Sdn Bhd dan modal berbayar tidak kurang daripada RM 50,000.

Sejak tahun 2012 Encik Mohd Subri telah membuat kajian seperti di Kuching, UNIMAS mempunyai Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif yang menawarkan kursus Cinematografi yang telah mengeluarkan graduan seramai 60 - 70 setiap tahun apa yang sedang berlaku sekarang adalah;

70% graduan ini akan pergi ke semenanjung kerana banyak peluang disana memandangkan mereka ini mempunyai asas dalam produksi manakala 30% lagi terus menetap di Kuching tetapi sebahagian besar memilih menjadi guru (KPLI) atau pekerjaan lain, sayang kerana kemahiran asas yang mereka ada tidak di gunakan.

Jadi beliau (Encik Mohd Subri) mengeluarkan kertas cadangan kepada Ketua Pengarahnya bagi memudahkan lesen pengeluaran filem di Sabah dan Sarawak maka sekarang ini antara syarat pemohonan lesen dimana telah kecualikan pemilik syarikat Sdn Bhd - jika pemilik syarikat Enterprise pun masih boleh memohon lesen dan untuk juga modal berbayar rm50k juga dikecualikan.

Selepas itu, 5 - 6 syarikat baru telah ditubuhkan di Kuching menjadikan 20 - 22 syarikat sekarang yang telah memohon lesen dari FINAS untuk mengeluarkan filem tempatan.


FINAS Sarawak bertindak sebagai Urusetia untuk bengkel yang dianjurkan biasanya berserta yuran iaitu RM600 untuk seorang jika menghadiri bengkel yang memerlukan peralatan, untuk bengkel skrip atau seni lakon pula yurannya ialah RM300 seorang.

Beliau melihat itu juga satu cabaran untuk mendapatkan RM300 - RM600 seorang terutama untuk mereka yang baru nak berkecimpung atau baru keluar dari universiti pastinya agak berat. Setelah beliau membuat satu lagi kertas cadangan pada pihak atasan dan kemudian telah menurunkan yuran bayaran bengkel selama biasanya berlangsung selama 5 hari hanya cuma rm100 sahaja - termasuk makan minum, sijil, peralatan,  tenaga pengajar dan lain - lain...

Ini semua cuba dijayakan dengan harapan dapat merancakkan lagi aktiviti perfileman di Sarawak ini. Industri perfileman yang selama ini banyak tertumpu di Kuala Lumpur ia juga memberi cabaran bagi FINAS untuk menjadikan Sarawak juga boleh menjadi pusat pertubuhan filem.

Tahun lepas (2012) ada dua bengkel dihadiri lebih kurang berbelas juga orang dari skolah seni  lakonan dan skrip - mengharapkan lebih bertambah penyertaan pada tahun ini.


Kemudian sesi soal jawab berlangsung sebelum kami berehat seketika.



Sesi kedua pula dengan tajuk "Intipati Membuat Filem", ahli - ahli panel untuk sesi kedua ini adalah;


1. Puan Candida Jau Emang yang merupakan pensyarah di UNIMAS membincangkan tentang "Skrip: 'Jiwa' Setiap Filem" [Scriptwriting : 'Soul' of the Film]


2. Encik Mohd Saiful adalah pengarah untuk filem tempatan Sarawak dari syarikat Solidcom Vision. Beliau pula akan membincangkan tentang "Pengarahan Cara Orang Sarawak" [Directing It the Sarawakian Way]


3. Encik Kelvin Tan Kian adalah pemenang untuk Pertandingan Filem Pendek 'Smiles Of Unity' anjuran Faradale Media dan Yayasan Perpaduan Sarawak.


Kami kemudian diberi demonstrasi berkenaan dengan peralatan yang digunakan untuk tujuan produksi sebelum berehat untuk makan tengahari.


Sesi ketiga dan keempat berlangsung kemudian di mana kami telah bahagikan kepada tiga kumpulan dan fasilitator memberi taklimat lebih lanjut mengenai cara pembikinan video, skrip, cara penggunaan story board dan pelbagai lagi.





Pukul 4 petang acara ditutup oleh Pengarah Biro Wanita Sarawak, Puan Norjanah Haji Razali.



Terima kasih diucapkan kepada AZAM kerana sudi menjemput menghadiri bengkel ini. Semoga teruskan perjuangan untuk memartabatkan industri seni di Sarawak khususnya dan Malaysia, amnya.

NTGravity : Harap terpilih untuk mengikuti bengkel FINAS pulak... terutama seni sinematografi.....
Haiiittt~

You Might Also Like

1 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!