Info Day dan Konsert Amal UCTS ERA 2016 Bersama Artis



Salaam...

NTGravity Zone telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Hari Info dan Konsert Amal UCTS ERA 2016 yang berlangsung di CityOne Megamall pada 27 Mac 2016.

Untuk yang nak sambung pelajaran atau yang mungkin mencari peluang kerjaya tapi belum pasti kat mana, boleh dapatkan info mengenai UCTS yang disediakan sepanjang berlangsungnya Hari Info ini. Korang bolehlah tengok mana tau ada program-program yang ditawarkan.

Bertemakan "Membina Masa depan Gemilang dan Penyayang" diadakan di dua tempat iaitu di Kuching dari 25 Mac hingga 27 dan hari UCTS Terbuka di Sibu dari 2 April hingga 3.

Konsert Amal UCTS ERA 2016 pula pengunjung akan dihiburkan oleh artis-artis Malaysia seperti Misha Omar, Noh Salleh [Kuching] , Altimet [Sibu], Ezya Bahra, Farah Farhana dan MOJO bermula dari jam 7 malam.

Selain daripada konsert percuma, 50 pelajar pertama yang mendaftar dengan UCTS akan berpeluang untuk memenangi sesi Meet & Greet dengan artis ini pada hari berikutnya.

Orang ramai boleh menyertai aktiviti diadakan semasa acara termasuk pertandingan mewarna, aktiviti pasir lukisan, pertandingan konsol, persembahan tarian dan banyak lagi.

Sempena program itu turut diadakan konsert amal bagi mengumpul dana untuk membantu beberapa badan kebajikan terpilih di negeri ini seperti Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM) Kuching, Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCSS) Kuching, Rumah Seri Kenangan Sibu, PERYATIM Sibu dan Sibu Agape Centre. Kami diberitahu sejumlah RM80,000 berjaya dikumpul setakat 27 Mac 2016.
University College of Technology Sarawak atau dikenali sebagai UCTS telah beroperasi selama tiga tahun di Sibu dan sejak ditubuhkan UCTS kini mempunyai seramai 1,300 pelajar.



Gambar bangunan UCTS yang futuristik yang di ambil mengunakan drone.

Ini kali pertama kami mengetahui mengenai UCTS sewaktu di program anjuran +Sarawak Bloggers iaitu #LiveKch pada bulan September tahun lalu.

Seriously, selama ni memang tak tau pun ada universiti yang di Sibu. 

Sesi mengenang kisah lalu di Hashtag Live Kuching.


A photo posted by Aliey Eyezie (@ntgravity) on


YB Datu Haji Len Talif Salleh bersalaman dengan jemputan.
YB Datu Haji Len Talif Salleh yang merupakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri [Promosi Pendidikan Teknikal] dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak dalam ucapannya,

Kerajaan negeri Sarawak telah melaburkan sejumlah peruntukan untuk membangunkan UCTS sebagai pemangkin kepada pembangunan  ekonomi khusunya bagi wilayah tengah negeri Sarawak di bawah program pembangunan SCORE. UCTS dipertanggungjawabkan untuk membangun sumber tenaga manusia yang mahir dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.


Telah rasminya Info Day dan Konsert Amal UCTS ERA 2016 dengan tema "Membina Masa depan Gemilang dan Penyayang"
Penyampaian hadiah kepada Datu Haji Len.
Bersama penyampai Radio ERA fm dan jemputan terhormat.

Sesi sidang media
Kerajaan negeri Sarawak mahu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Ramai yang berpandangan pendidikan vokasional nie pendidikan kelas kedua atau untuk mereka yang gagal mengikuti pendidikan arus perdana.

Salah tau... sektor perindustrian amat memmerlukan tenaga kerja yang berkemahiran yang hanya boleh diperolehi dari pendidikan vokasional.


Selain itu pelajar atau ibu bapa boleh mempunyai rundingan terus dengan perunding UCTS mengenai program-program semasa. Rebat 30% ke atas yuran pengajian bagi semua program ijazah pertama 2016 dan penajaan asas disediakan untuk permohonan.

Bantuan yuran juga disediakan bagi mereka yang berkelayakan. Pelajar-pelajar bukan Sarawak juga digalakkan untuk memohon program ini. 



Waktu makan malam tu terjumpa ex colleague pastu dah berborak tak henggat konsert dah mula dah. Sampai jer balik kat pentas konsert tu, ngam - ngam jer Noh Salleh buat persembahan.


Noh Salleh ketika menyampaikan lagu popularnya iaitu 'Angin Kencang'.


Pengunjung di CityOne Megamall dari pelbagai usia.
Beronok - ronok dengan penyampai ERA fm Sarawak.
Misha Omar memulakan persembahan dengan lagu 'Treasure'
Kami di NTGravity Zone ingin mengucapkan Tahniah kepada Misha Omar yang sedang mengandung tuh.. kami doakan yang baik - baik... Amin.


Bermesra dengan peminat yang telah menantikan beliau seawal pukul 6pm.
Cubaan men'cover' perut dari di tangkap oleh lensa kami... hehehe... takper kami tunggu..
lagu kedua iaitu Angin Syurga
Peminat join nyanyi sama. Seronok korang kan.
Gelagat lucu sewaktu bersama penyampai ERA fm Sarawak.
Ryan dari kumpulan Mojo merupakan persembahan terakhir untuk konsert amal malam itu.


Nyanyi sekali.
Pengunjung CityOne Megamall yang masih setia.
Layannn...
Group photo bersama semua artis dan penyampai ERA fm Sarawak.
Rindok ati kitakorang dapat bergambar dengan artis neng...

Tahniah UCTS dan ERA fm.. see you in Sibu!

NTGravity : budak vokasional gak ni 96-97...
Nokotta~

You Might Also Like

2 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!