Konsert Era Sayang Sabah with Biozip

Hello hello...


Kepada warga Sabah, peluang untuk menemui Judika, W.A.R.I.S, Altimet, DJ Fuzz, Mark Adam, Faizul (Juara Akademi Fantasia 2013), Awi Rafael dan Candy di Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip ini bakal di anjurkan pada 18 Januari 2014 , bermula jam 7 petang bertempat di 1Borneo Gourmet Lane, KK.



Tidak ketinggalan, penyampai- penyampai radio ERA fm seperti Jayjay, Ily, Beebey, Christ dan Aril, akan turut memeriahkan malam tersebut!

Ternyata sambutan ulangtahun ERA fm Sabah pada tahun ini pasti meriah seperti tahun- tahun lalu!

Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip kali ini menampilkan penyanyi popular Judika yang berasal dari Indonesia. Kehadiran Judika menyerikan konsert ini menamatkan satu penantian bagi warga Sabah yang selama ini terpukau dengan lagu- lagu popularnya seperti Aku Yang Tersakiti, Setengah Mati Merindu, Bukan Dia Tapi Aku yang juga sering diputarkan di ERA fm.


Kelihatan Mark Adam, Dj Uno (Pengurus Operasi Astro Radio) and Bobby (wakil Biozip) di sidang media untuk Konsert Era Sayang Sabah with Biozip

Menurut Pengurus Operasi Astro Radio Sabah Encik Syazleey Zalsyam Zakaria (Dj Uno),
"Bagi pihak ERA fm Sabah, kami cukup berbangga kerana sekali lagi dapat menganjurkan Konsert ERA Sayang Sabah yang akan berlangsung pada 18 Januari 2014 nanti. Sudah tentu, suatu kelainan dapat dirasakan apabila kami bakal menyerikan pentas Konsert ERA Sayang Sabah dengan kepelbagaian genre muzik yang dipersembahkan oleh artis- artis ternama dalam dan luar negara."
Beliau juga menambah,
"Keputusan untuk membawa Judika pada Konsert ERA Sayang Sabah pada tahun 2014 adalah faktor keunikan yang ada pada penyanyi bersuara hebat seperti Judika. Pihak ERA fm Sabah percaya, penonton pastinya jatuh cinta dengan persembahannya yang akan menggegarkan Kota Kinabalu!”
Tujuan utama penganjuran konsert sebegini juga adalah sempena menyambut ulangtahun ERA fm Sabah yang ke -3. Selain itu, sebagai tanda penghargaan keluarga ERA fm kepada semua yang tidak henti- henti menyokong termasuklah pendengar tegar ERA fm Sabah, rakan – rakan media, pihak penaja, serta rakan pengiklanan. Yang paling penting sekali, masuk adalah percuma untuk ke konsert ini.

Hadapan : Jayjay, Christ Back : Mark Adam, James [Rafflesia Chicken Hut], Benny [Carino], Gizele [Borneo Creative Academy], Bobby [Bio Zip], Dj Uno [Astro Radio] dan Ily

Biozip selaku penaja utama Konsert ERA Sayang Sabah 2014, 1 Borneo Hypermall selaku lokasi rasmi, CARINO Sporting Goods selaku pakaian sukan rasmi, Borneo Creative Academy selaku solekan dan dandanan rambut rasmi, Rafflesia Chicken Hut selaku penaja makanan dan minuman rasmi dan Astro hitz dan Astro RIA.

Kalau korang nak menang pas Rock Zone Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip nanti, pastikan korang jangan terlepas isyarat memanggil di frekuensi ERA SABAH 102.4 FM di Kota Kinabalu dan 103.0FM di Sandakan.

Selain tu, korang pun berpeluang untuk memenangi pas Rock Zone dan beramah mesra bersama artis-artis di laman Facebook ERA fm Sabah dan juga Instagram. Layari fbsabah.era.fm dan ikuti akaun Instagram erafmsabah untuk maklumat lanjut.

Bah jangan lupa korang datang nanti,

Tarikh :18 Januari 2014
Jam : 7 petang
Tempat : 1Borneo Gourmet Lane, Kota Kinabalu.

Bestnya orang - orang di Sabah!

NTGravity: Suka pegi pantai kat Sabah! Tak lupa Kundasang yang sejuk!

Haiittt~!!

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!