Semalam [27.01.2016] aku dapat tiket menonton tayangan perdana Ola Bola di GSC, CityOne megamall, Kuching. Terima kasih kepada +SarawakCrocs yang merupakan portal sukan bola sepak Malaysia, khususnya Sarawak.
Akibat kesibukkan cuba menghidupkan diri sendiri [a.k.a. baru dapat keja] sejak 2015, aku pun tak berapa follow sangat pasal filem ni, jadi aku takde lah letak sebarang harapan walaupun aku tahu Encik Pengarah nya adalah Chiu Keng Guan [gambar bawah] yang pernah menghasilkan filem box - office seperti The Journey dan Polis Evo.
...kira datang with open mind and open heart gitu.
[Nota tepi | The Journey : Expression of Love antara Most Wanted entri dalam blog aku ni]
Apa apa pun aku recommend korang layan dulu official trailer filem nie... [dan beberapa trailer yang best lepas tuh termasuk OST]
... tengok kembali tak keyakinan korang nak p tengok.
Komen 20 sen aku :
1. Samada korang suka bola sepak atau tak, korang kena pegi tengok cerita ni. Permainan emosi dan sinematografi filem ni yang terbaik pada aku buat masa ni. Semua feeling ada.
...kalau korang minat bola sepak, memang sah sahlah korang patut pegi tengok.
2. Tak pun anggap jer nie macam time-travel ke tahun 1980 - siapa yang lahir atau membesar masa tuh mesti ada jer menda yang korang familiar - duit kertas la, seluar la, fesyen rambut la, motorsikal la... Siapa yang lahir atau membesar selepas zaman tuh, welcome to the 80s!
3. Masa untuk dating dengan orang yang tersayang.. bawaklah sefamili...
Kalau korang takde rasa feeling lepas tengok cerita ni, kompom korang tu tido dalam cinema masa tengok cerita ni!
Kisah OlaBola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini.
Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.
Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting.
Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara.
Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.
OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Aku part patriotik ni memang semangat gakla dan aku punya semangat sampai balik jer dari tengok wayang ni terus buat entri untuk filem nie.
Berada di pawagam seluruh negara bermula 28 Januari 2016 - pastikan menonton dan harapan agar kembalinya keyakinan kita untuk Malaysia!
NTGravity : It's all about not giving up.
Nokotta~!!
Belanja selfie dulu... *ehemmm*dua dua single nieh*ehemmm*... hehehe |
...kira datang with open mind and open heart gitu.
[Nota tepi | The Journey : Expression of Love antara Most Wanted entri dalam blog aku ni]
Poster filem Ola Bola |
... tengok kembali tak keyakinan korang nak p tengok.
Komen 20 sen aku :
1. Samada korang suka bola sepak atau tak, korang kena pegi tengok cerita ni. Permainan emosi dan sinematografi filem ni yang terbaik pada aku buat masa ni. Semua feeling ada.
...kalau korang minat bola sepak, memang sah sahlah korang patut pegi tengok.
2. Tak pun anggap jer nie macam time-travel ke tahun 1980 - siapa yang lahir atau membesar masa tuh mesti ada jer menda yang korang familiar - duit kertas la, seluar la, fesyen rambut la, motorsikal la... Siapa yang lahir atau membesar selepas zaman tuh, welcome to the 80s!
3. Masa untuk dating dengan orang yang tersayang.. bawaklah sefamili...
Kalau korang takde rasa feeling lepas tengok cerita ni, kompom korang tu tido dalam cinema masa tengok cerita ni!
--- Sipnosis Mula Di Sini [ Info Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola] ---
Kisah OlaBola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini.
Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.
| Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. | Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
Dia nieh dah macam Jackie Chan masa muda kan? Macam Jerry Yan pun ada gak! Tomey ya amat! | Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
Antara babak menarik yang sangat dekat di hati kita.| Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
Trivia yang menarik - fun fair nie dibina hanya untuk filem Ola Bola dan Muhd Luqman Hafidz yang membawa watak Ali - rezeki dia p letak gambar selfie nya ngan Khairy Jamaluddin kat resume nya terus dapat tawaran berlakon filem nie. | Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
Lokasi yang sangat menakjubkan. Dalam Malaysia ke nieh?| Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
Ini scene yang paling aku suka. Ekspresi gigih tuh real. Korang tengok jer. | Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
Bukan pemain jer ada cita - cita tau.| Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
Permainan emosi yang giler baik untuk filem ini.| Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
| Foto Sumber dari www.astroshaw.com.my/olabola | |
----- Sipnosis Habis -----