Need a BITES?

Salaam semua...

Pertama sekali aku nak buat satu confession....

Aku adalah peminat tegar Burger....

hehehe... itu jer... (・㉨・)~!

Minggu lepas Sarawak Bloggers dijemput untuk sesi 'food tasting' di BITES by Batik Boutique Hotel. Menurut jemputan sepatutnya pukul 7.30pm tetapi akibat kekhusyukan aku mengedit video pre wedding bff aku, tak sedar dah pukul 7pm.. Jadi gua lah orang yang terakhir sekali sampai.... huhuhuhu...

hotel yang telah menjemput kami...

Untuk pengetahuan korang yang mungkin pernah dine-in kat Batik Boutique Hotel nieh dan jugak bagi mereka yang tak tahu... BITES nieh dulu adalah Yuni-Ku Japanese Restaurant yang diuruskan oleh pengurusan yang berlainan sebelum diambil-alih semula oleh pihak pengurusan Batik Boutique Hotel.

Setelah penjenamaan semula

Sebelum tu, kami telah diminta untuk memilih menu yang kami yang cuba berdasarkan promosi mereka di Groupon [ Kat Sini ]

Aku telah memilih Burger Ayam, Bacon and Corn Chowder Soup dan Godzilla... haa nak tau apa menda tuh? Cekidaut!

I WANT FOOD...! I WANT FOOD...!

Sementara tunggu set meal aku, dipersembahkan kepada korang semua... Menu lain yang member dari Sarawak Bloggers yang lain telah order...

Nie nama dalam menu ialah Strength of Tarot... yang merupakan gabungan Lemon dan Mint ditambah dengan Sprite...

Untuk mereka yang nak vegetarian options..

Teh panas... Chomel kan?

Lamb Burger : Bun atas -> Keju Feta -> Beets -> Lamb patty -> Daun Salad dan Tomato -> Bun bawah -> Ngap!

Nie adalah Oriental Pumpkin Soup bersama sepasang roti bawang putih...

Sementara menunggu lagi kehadiran set meal aku persembahkan pulak.....

Hiasan dalaman yang selari dengan tema dan nama hotel ini sendiri...

Rakan bloggers yang hadir pada malam itu
[Nota : masa nak edit baru aku perasan ada dua orang yang takde dalam gambar...
Minta maaaaaaaaaf....!! (シ_ _)シ]

Dan akhirnya...

Godzilla : milo ais yang ditabur serbuk milo lagi...

NTGravity : Agak kaw.. so kalau korang tak suka manis sila gitau awal...

Bacon & Corn Chowder : Sup yang ala berkrim berumpankan beef bacon (bukan pork yer...!), jagung, bawang dan celery. 

NTGravity : Boleh tahan.. Ngam makan ngan roti bawang putih tuh. Licin gaklah dikerjakan oleh aku.

Burger ayam bersama kentang wedges

NTGravity : Ayam patty tuh boleh tahan tebal gak, cuma nenas agak plain.. maybe kalau dorang grill sekejap mantap kot! Wedges pergh ヽ(´ー`)ノ ! Ditambah plak ngan mayonaise... licin aku sembat!

Mungkin korang tengok tak banyak tapi inilah orang kata 'comfort food'... makanan yang mengenyangkan.. sebab untuk orang yang suka mamam macam gua pun dah terasa kenyang.

Surprise....!!

Penampilan khas - Oriental Mooncake Jelly : pencuci mulut nie ada infused dengan tuak dan buah Goji (Wolfberries).
Rata - rata geng bloggers kata sedap giler.. Gua tak makan laa..

Sebelum balik kami dibawa untuk lawatan ringkas ke sekitar hotel...

Memang menarik dorang hias dan bilik nieh cukup sifatlah! Kalau korang ada bawak game console ke laptop ke.. plug in jer!


Aku respect mereka mengamalkan kitar semula..

Sesuatu yang menarik...




Tak lama kemudian.. bila selesai jer kami melawat hotel..

、ヽ`ヽ`、ヽ``、ヽ`、ヽ`ヽ`、、ヽ`ヽ`、ヽ``、ヽ`、ヽ`ヽ`、、ヽ`ヽ`、ヽ``、ヽ`、ヽ`ヽ`、、ヽ`ヽ`、ヽマッテェ(ノ;Д;)ノ `、、ヽ`☂ヽ`、ヽ``、ヽ`、ヽ`ヽ`、、ヽ`ヽ`、ヽ``、ヽ`、ヽ`ヽ`、、ヽ`ヽ`、ヽ``、ヽ`、ヽ`ヽ`、、ヽ、ヽ`ヽ`、ヽ``
[nota : hari nak hujan pulak tu...]

Masa untuk bersurai....

Ambik dari Batik Boutique Hotel punya website....

Gua nak ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Batik Boutique Hotel kerana menjemput dan menaja makan malam kami. Kepada Sarawak Bloggers Society kerana memberi peluang kepada kami.

Kalau korang ingin mencuba melalui promosi Groupon boleh klik [SINI]

atau boleh datang ke...

BITES by the Batik
Batik Boutique Hotel, No. 38, Jalan Padungan
Kuching, Sarawak 93100
+6082-424 837 (7am – 10pm)
Website : Batik Boutique Hotel
Facebook : Batik Boutique Hotel
Twitter : @The_Batik

NOTA TAMBAHAN : Menu di BITES by the Batik adalah bebas dari daging khinzir walau bagaimanapun mereka ada menu beralkohol.

NTGravity : I'm a Burger Enthusiast... i should do a t-shirt for that!
Haitttt~!!

You Might Also Like

2 Rants Found

  1. OOOOO burger die hard fan la tok? :p

    nice shots!

    ReplyDelete
  2. @Coffee Girl... yup... kami nang suka giler makan burger... and i would go to the distant to try it.... hahahhaa

    ReplyDelete

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!