Suatu ketika dahulu.... (chehhh tetiba jer... hahaha)
Dulu waktu aku kat sekolah aku ada cuba - cuba nak menulis novel ker, cerpen ker.. aku siap beli buku tips untuk menulis tau...
Tapi hanya bila aku kat kolej matrikulasi jer aku berani hantar 'karya' aku. Itupun kira dah hujung semester pertama, aku pun tak tahu samada 'karya ulung' aku tu dipublish atau disimpan buat kapal terbang kertas.
Tahun tuh 1997.. perghhh 15 tahun dah berlalu...
Aku mengakui-nyer-pun yang aku lebih suka baca novel English - bermula dari kecil lagi, simpanan family yang memula sekali masa aku baru mula pandai baca, 'Tintin' tapi buku tuh Allahualam entah kemana dah perginya. Sekarang nie genre bacaan aku mostly karya Alexandra Potter, Sophie Kinsella, Cecilia Ahern, James Patterson dan ramai lagi lah! Terbaru aku membaca e-book yang aku download dari app terbaru untuk android aku >>>wattpad<<< [oh.. boleh jugak kalau nak baca guna pc] - judul yang aku baru abis baca A and D, Five Flavors of Dumb, Oh My Goth & Coffeehouse Angel. Buku novel melayu yang aku pernah baca hanyalah Lagenda Budak Setan dan sirinya dan Ombak Rindu (masa tuh terbit kat majalah Remaja, baca pun jumping - almaklumlah zaman kesempitan.. hahaha). Itupun masa zaman sekolah, time 'semua' budak pompuan sekolah aku membacanya jadi aku pun terjebak!
Last year, aku dipaksa oleh member sama kerja baca novel melayu. Novel baru tapi aku tak ingat tajuknya tapi yang aku ingat cerita tuh agak lucu jugak. Tetiba bila aku dah abis membaca keesokan harinya.. aku mula menaip kat communicator aku, bab 1 untuk 'novel' aku...
Dalam beberapa jam pertama idea aku mencurah - curah [ belum kira edit la yer] beberapa puluh mukasurat, even aku pun agak surprise bila aku take break.
Ok, tentang novel nie - cerita nieh fiksyen tapi memandangkan nieh first time aku menulis so aku agak blurr gak nak mula - jadi aku ambik sikit - sikit dari my own past love stowiiieee waktu ngan ex-boyfriend - maka terhasil lah karya ulung aku..
3 x Benci 4 x Cinta
Kisah mengenai seorang awek bernama Aliah dan cinta tiga seginya. Jalan cerita dia memula ada serious sikit hopefully i'll get more humor part bila dah masuk bab yang aku sendiri tak sabar nak ceritakan!! hahahah Cerita nieh masih 'On-going'.. Buat masa sekarang nieh aku dah lancarkan Bab 1 & 2 kat wattpad.com >>>Mula Baca<<< Jangan lupa komen yer.. kalau nak vote pun apa salahnya.... hehehe
Sesapa yang nak baca boleh download app wattpad.com ke telefon bimbit korang or android (cuz aku guna android, tuh yang aku tau tuh...)
Oh yer, kalau korang scroll blog nieh sampai bawah.. korang akan nampak widget wattpad (yang warna oren - oren tuh).. Click dari situ pun boleh jer!
Disclaimer : Novel ini adalah hasil karya aku sendiri - semua watak, nama watak adalah pilihan aku sendiri dan jika ia ada berkaitan ngan hidup atau yang mati, itu semua adalah satu kebetulan (atau orang yang plagiat dari sini) Aku hanya akan post novel aku tuh di wattpad.com dan promote kat blog, fb, twitter, tumblr & goggle+ milik aku sendiri - so sesapa jumpa di tempat lain or by other person bagitau aku, boleh aku kerjakan orang itu! hahahaha.. Jomlah baca.... and urmmm... Sila lah komen yer...
NTGravity : Moral down sejak hari Isnin lepas... tapi aku kuatkan hidup....!
Haittt~!!