Down and dirty... Pizza

Hello...
Okay dah seminggu cerita aku jumpa ngan Fahrin Ahmad (Sila lah click nama itu...) Itulah yang terakhir entri aku.
Sekarang aku nak menurunkan berat badan  ilmu resepi membuat pizza... 
Memandangkan aku suka buat pizza tu dari dohnya.. kepada yang nak beli doh siap siap pun boleh jugak.. Takde masalah. Okeh, jom kita mula!


First.. 
Bahan Doh Pizza :

500gm tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 Cawan air sejuk
1/2 cawan minyak masak
Garam

Cara membuatnya :

Masukkan kesemua bahan ke dalam besen (or kalau ada mesin buat doh lagi lah perghh!!). Uli sampai doh lembut dan tak melekat kat besen dan jari - jari korang. Tutup besen doh tuh dengan kain bersih, suruh doh tu rehat dulu dalam 1/2 jam (and doh dah membesar dua kali ganda tapi biasanya aku rehatkan dulu doh aku nie sampai siap semua bahan topping.

Sambil tuh, Panaskan oven korang 200`C dulu.



Bahan Topping Pizza

Daging Kisar
Daging kisar di goreng dengan bawang besar, lobak merah yang telah diparut atau di potong julienne bersama sos tiram. Kalau nak pedas sikit taburkan cili atau serbuk cili.


Sos tomato
Aku suka buat sos tomato untuk pizza nie manis manis sikit. Bahan untuk sos tomato nie :
Tomato puree, bawang putih, oregano, gula <--- masak jer semua nie. Bila rasa ada masam manis lepas tuh after dia nampak pekat.. Done!



Nenas
Yang dah dipotong dadu



Cendawan butang
Hiris nipis




Mozzarella cheese
Parut. Untuk ditabur di atas pizza.



Cream Cheese
Untuk di pipe kan di atas pizza.



Mesti ada yang tertanya - tanya dimanakah gerangan mixed vege. Ok aku sangat tak suka frozen mixed vege tu.. Kalau nak gunalah yang fresh bukan susah pun, kacang panjang potong dadu dalam 1cm pastu celur jam dalam air panas, part jagung tuh rebus dulu lepas tuh baru guna garfu scrape kan dari batang atau guna jer pisau lagi senang.



NOTA: Bahan topping nieh asas jer. Kalau korang ada idea lain pun ok jer ikut sedap anak cucu tekak korang la kan. Even kalau korang nak guna frozen mixed vege tuh pun aku no hal... Kuasa memilih di tangan korang sendiri.

OK.. kemudian bila korang dah siap bahan topping or kalau adunan doh tuh dah dabel besar nyer. First korang tumbuk doh tuh untuk lepaskan hangin dalam adunan. Lepas tuh korang uli semula dan potonglah ikut saiz pizza korang. Tapi kali nieh aku nak buat dalam saiz piring kecil sesuai untuk sekali ngap sayot makan terus. Doh tuh dalam anggaran 150gm, canai kan dan cucuk dengan garfu. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan tadi selama 10min atau bila korang tengok doh korang nieh dah masak. Jangan terkezut tengok doh nieh membesar waktu dibakar.. Memang cenggitu. 
Kali nieh aku guna piring stainless steel ala Indian nyer tuh as aku punyer acuan. Bila sudah doh masak keluarkan. 
Nota : Steps dibawah nieh cara yang biasa aku gunakan jadi kalau korang taknak ikut.. takper...


  • Sapukan sos tomato di atas doh pizza rata - rata.
  • taburkan cheese mozzarella di atas sos. tak perlu banyak sangat.
  • taburkan daging kisar yang dah dimasak itu rata -rata di atas pizza. 
  • hiaskan dengan nenas dan hirisan cendawan.
  • taburkan lagi cheese mozzarella hingga menutupi permukaan.
  • pipekan cream cheese di atas sekali.
  • bakar semula di dalam oven selama 10min lagi.
Bila dah masak - korang boleh tengok cheese korang tuh. Kalau dah cair dan ada unsur keperang - perangan makanya sudah lah masak.! Keluarkan dan biarkan sejuk. (Kalau lidah korang nieh jenis leather tahan panas. boleh jugak terus mam!)

Haaa... ini lah pizza yang aku buat kali ini....


sorry tak kemas... hahaha...  pukul 3 am aku buat menda nieh antara mamai dan tidak.. hahahaha.. angkara ayahanda ku yang memerintahkan untuk breakfast esok... hahaha


Tapi yang pasti... sedap macam Kepsi.. menjilat jari.... heheheh

Selamat Mencuba semua... boleh komen kalau dah buat... nak tau jadi ke tak...!!

NTGravity : Lepas nieh nak buat spagetti carbonara lah!
Again aku punya style takde food presentation yer.. Jangan korang mengharap tengok yang cantik punya... 
Haiiitttt~

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!