Omurice... Haitt~!

Tuesday, May 15, 2012


Aku sejak beberapa tahun nieh gilakan Jepun... penyanyi nya.. makanan nya... drama nya.. hahaha.. nasib Air Asia dah ada flight pergi sana kalau tidak.. takperlaa.. bukan pergi pun~

Apapa pun..

Omurice nieh adalah nama manja untuk Omelette Rice (Nasi Telur Dadar)... apa yang menariknya kita kat Malaysia pun ada nasi nieh... ala... Nasi Goreng Pataya tuh la... hahaha

Here goes...,

Ingredients for OMURICE
(serves 4)


Untuk Nasi Goreng :


250g Isi ayam - potong dadu
1 Bawang putih - cincang
1/2 Bawang Besar - cincang
4 Cendawan butang - hiris
sos Tomato
30g Green Peas - celur
Garam & Lada
500g Nasi putih


Untuk Omelette :
8 biji Telur
6 sudu besar Susu Segar
Garam & Lada


Untuk Hiasan :
Baby Ceasar yang nieh ikut suka laaa
Parsley yang nieh ikut suka laaa
Sos Tomato dan Mayonaise - bagus nya kalau dalam botol plastik yang boleh di picit.. hahah


Cara membuat Nasi Goreng :


1. Gorengkan bawang putih and bawang besar. Bila dah bau wangi masukkan ayam...
2. Bila ayam dah separuh masak, masukkan cendawan dan sos tomato. Kacau rata..
3. Masukkan nasi putih dan green peas, masukkan garam and lada secukup rasa..
4. Gaul rata, dalam 5minit bahagikan ke empat pinggan.


Cara membuat Omelette dan menyediakan Omurice :
1. Pukul 2 biji telur dengan 1 sudu Susu Segar. Perasakan dengan lada dan garam secukupnya.
2. Panas sediit minyak.. (Sebaik - baiknya gunakan non stick pan)
3. Masukkan telur dan kacaukan sampai ia mula pekat dan lebarkan disekitar kuali..
4. Kemudian masukkan 1 pinggan nasi goreng tadi ditengah - tengah telur dadar..
5. Tutupkan nasi dengan telur dan terbalikkan di pinggan.
6. Dengan menggunakan kitchen towel atau kitchen tissue - bentukan nasi membentuk bujur (bola ragbi)
7. Hiaskan dengan baby ceasar dan parsley ditepi nasi..
8. Tuang kan sos tomato dengan membentuk zigzag (basic) di atas nasi...
9. Ulang semula untuk 3 pinggan seterusnya...


Ini yang telah aku buat...




Hahahaha.. Seriously huduh... tapi this is yang attempt yang ketiga...



Haa amacam...?? Boleh?? Ada macam gambar yang atas sekali tak..? Hahahah


Nota tambahan :
1. Nasi goreng sebenarnya boleh apa - apa filling pun.. nak buat nasi goreng kampung ker, nasi goreng nenas ker.. tapi yang kat atas nieh dia compliment rasa daging ayam tu ler...
2. Decoration - itu suka tapi my friend Aika Megumi kata, takyah crowded sangat.. and biasanya di Jepun dorang suka menulis message atas nasi tuh...


Okeh laa... Selamat Mencuba and jangan lupa give feedback... :)


NTGravity : blom muak lagi makan Omurice....


Haiit~!!
Peace No War~

You Might Also Like

0 Rants Found

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!

NTGravitians

NTGravitians Circle

Award ♥

Thank You to Elyn!

Stat Counter