Malaysia, Ketiga Dalam Carta! *Yay?*

Salam 1Malaysia... 

Memula aku nak ucapkan Ahlan Wasahlan Marhaban Ya Ramadan... Alhamdullilah Allah SWT mengasihani dan beri peluang untuk kita untuk terus hidup dan menjalani ibadat ini.... Semoga semua sahabat & saudaraku yang baik menang dalam perjuangan ini... Insya Allah...

Selamat Berpuasa kepada semua...

Terkini di Reader Digest mereka telah meletakkan Malaysia ditangga ketiga PALING bawah sekaligus melabelkan rakyat Malaysia adalah yang ketiga yang paling TIDAK berbudi bahasa... Adakah korang semua mengakuinya?

Klik untuk membacanya di [ SINI ]



Melalui 3 proses ujian yang dilakukan di 35 buah negara iaitu mereka telah berjalan ke dalam bangunan awam sebanyak 20 kali dibelakang seseorang (pada pintu yang tertutup) untuk melihat samada mereka akan tolong menahan pintu itu atau sebaliknya. Mereka juga pergi ke 20 buah kedai dan membeli barangan yang murah dan kecil untuk memastikan setiap pekerja akan mengucapkan 'Terima Kasih' kepada pembeli itu. Terakhir mereka sengaja menjatuhkan fail berisi kertas yang banyak di 20 lokasi yang sibuk untuk melihat jika ada yang akan membantu mereka. Setiap perbuatan yang positif akan diberi 1 markah (keseluruhannya adalah 60 markah)

Pendapat aku... Aku tak setuju Malaysia adalah salah satu negara yang paling kurang budi bahasanya TETAPI aku mengakui memang kita perlu mengubah tabiat kita. <-- macam tak dapat menerima kenyataan jer aku nieh! heheh


Semua yang di atas mesti korang pernah lalui atau lakukan - 

1. Kurang ajar dan memandu dengan tidak berhemah seperti menukar lorong tanpa memberi isyarat, men'cucuk' kereta di depan dan membunyikan hon apabila tidak sabar sewaktu di jalan yang sesak.

Aku memang banyak kali jumpa pemandu yang suka buat begini. Tetiba membelok tak bagi signal.. Apa mahal sangat ker signal light tuh?? Belum lagi part keluar simpang sesuka hati hingga hampir nak buat aku & mak aku terbabas!! Aku pun tak perfect pasal memandu tapi aku ni tak berduit dan nyawa aku ada satu jer jadi aku selalu cuba memandu sebaik mungkin untuk menghindari kemalangan. Boleh tanya member - member aku yang selalu tumpang aku - aku TAK suka tekan hon kecuali memang terpaksa. Walaupun adakalanya mereka pulak yang suruh aku hon kat orang lain tuh!

2. Tidak mematuhi isyarat papan tanda, makan jalan orang lain, merokok di tempat larangan, membuang sampah merata - rata, meletakkan kenderaan ditempat yang tak sepatutnya.

Aku pernah jumpa kereta besar dan mewah nieh - ntah apa yang dimakan nya tapi dengan selamba badak dia membuang seplastik sampah dijalan raya! Bayangkan kalau dibelakangnya pemandu motosikal? Nie belum lagi cerita memotong barisan kat lampu isyarat. Orang lain pun sama nak balik rumah sama menunggu di jalan yang sama lampu yang sama - nak kata oportunis atau apa? It's not fair! Sabarlah! 

3. Mengambil tempat letak kereta orang yang sudah menunggu. 

Yeah, aku pernah terkena.. Dah lah aku dah pusing banyak kali (masa tu aku pegi The Spring), dah bagus pemandu kereta tuh bagi signal kat aku kata dia nak keluar - tempat pun baik punya! Alih alih satu kereta nieh datang dari arah berlawanan terus masuk!! Memang gila marah aku dengan orang itu! Takde akal! Masa tuh aku gunakan lah hon aku sebaik - baiknya! Tapi dia keluar dengan wajah selamba macam takde apa - apa berlaku! WTH <-- sorry!

4. Tidak mendahului wanita yang mengandung atau orang yang lebih berusia sewaktu di dalam pengangkutan awam.

Aku pernah buat gak masa zaman sekolah menengah dulu. Aku cuba bagi pakcik tuh duduk tapi dia tolak kata dia okay jer. Aku pun selamba duduk balik, bila dah nak sampai baru aku perasan ada makcik dengan banyak barang dia berdiri kat seat belakang aku! Kesian makcik tuh!

5. Tidak memberi laluan kepada mereka yang hendak keluar dari pengangkutan awam atau lif.

Hehehehe!! Biar aku gelak dulu... Pernah gak berlaku dengan aku dulu, akibat nak buat baik tapi aku pulak kena tinggal bas! Bas tuh sesak giler sampai konduktor tuh tak perasan ada orang turun bagi jalan. Sejak dari tuh aku cuba untuk tak berada di sudut pintu keluar atau masuk.

6. Bercakap dengan nada yang kuat di tempat awam seperti di dalam panggung wayang. <-- itu termasuk la mereka yang suka biarkan telefon mereka tidak disenyapkan.

Jangan kata orang lain, kawan - kawan aku sendiri pun masih ada yang SUDI membiarkan telefon diorang full volume waktu tengah tengok movie. Memalukan gak la bila kita yang tak berdosa pun terkena bila orang siap toleh - toleh.. siap tengok tengok belakang dengan muka annoyed! Part bercakap kuat di public tuh aku rasa macam normal gak cuma mungkin terover kuat tuh mungkin la.

7. Tidak cuba menolong menahan pintu atau pintu lif ketika ada yang cuba masuk atau keluar.

Yea.. memang ada berlaku.. Solutionnya: dalam keadaan sesak, sesiapa yang berdiri paling dekat dengan panel lif tuh tolonglah tekankan tanda 'buka' atau '<-- | -->' bila ia berhenti just in case ada orang yang nak keluar. 
Tolonglah tahan kan pintu untuk orang yang dibelakang korang bila masuk ke sesuatu tempat yang pintunya tidak terbuka secara automatik.

8. Tidak mengucapkan 'Terima Kasih' kepada sesiapa yang berbuat baik.

Hah!! Yang nieh memang masih berleluasa. Terutama kedai runcit, kedai makan... Even pasaraya pun belum diserapkan untuk mengatakan 'Terima Kasih'. Selalunya kita yang kata Terima Kasih waktu bayar sedangkan kita yang bagi mereka duit! Ada gak yang kata Terima Kasih tapi tak ikhlas sebab itu yang tempat kerja tuh nak! 

Terima Kasih tuh ayat basic jer.. susah ker?

9. Tiada timbang rasa dengan membiarkan troli di tempat letak kereta dan mencangkung di tandas duduk (dan membiarkan ia kotor) <-- itu termasuk la tidak memFLUSH tandas itu!


Takyah lah aku ulas.. Terang kat situ!

10. Lewat. 

Sedihnya aku mengaku, aku termasuk dalam golongan ini! Time management failed!

Yang mana korang tak pernah buat? Bohonglah kalau korang tak pernah buat satu yang diatas! Nobody is perfect.

Banyak lagi kalau nak disenaraikan tapi macam fault finding jer kan tapi aku bagi sikitlah yang terlintas difikiran aku sekarang...

1. Betulkan balik kerusi - selalu orang kita just bangun dan biarkan jer kerusi itu berkeliaran dengan harapan pekerja tempat tuh nanti akan aturkan semula.

Taken from www.colourbox.com

2. Memotong barisan - orang kita nieh memang ada masalah dengan menda barisan nie.. baik sewaktu memandu atau pun kat bus stop waima kat buffet line pun sama jer! Tak kira orang muda or yang tua... Suka nak berebut - rebut!
Taken from abuazri's Blog

3. Bila terlanggar orang waktu berjalan kaki - maksud aku terselisih.. mungkin nak cepat tapi aku tau ada dalam family aku yang suka buat camtuh. Kalau aku berjalan dengan dia, selalu aku akan berjalan dibelakang dia - sebab aku perasan dia jalan main lajak jer pastu kalau dah terlanggar buat dek jer.. At least just say 'Sorry'.. Terpulang orang tuh nak terima atau tak.. 

Taken from http://www.cs.columbia.edu 

4. Minta maaf  - rasanya ini antara perkataan yang sukar diluahkan. Aku sendiri pun ada masanya malu atau tak terfikir pun nak luahkan, jadi mehla kita sama - sama mula praktikkan ayat asas ini.

Waktu aku kat KL Sentral - solo jer lepak kat Subways untuk breakfast sebelum nak berangkat gi Genting.. Tengah aku menikmati subs yang sedap tuh aku perasan ada awek mat saleh dalam dua ke tiga orang baru abis makan - masa dorang bangun dorang orang kemaskan meja dorang (dari segi kertas pembalut and papercup) serta tray dan letak kat tempat biasa fastfood joint letak bekas tray and sisa makanan. Tak lama kat meja sebelah aku pun mat saleh pun buat menda yang sama walaupun dia duduk membelakangi meja awek yang tadi. Aku pun cari kalau ada tanda self-service ker apa... tak ada pun (itu pada 2009) dan ada gak table yang ada tray dan bekas pembalut berkeliaran! Masa aku dah habiskan makanan aku, aku pun serba salah sebab biasanya aku just tinggalkan jer tapi sebab aku nieh kiasu sikit (taknak mengalah la kiranya) aku pun buat sama.. tapi aku rasa best sebab aku dah tolong ringan kan beban kerja staff kat situ... Masa tuh keadaan agak padat gak.

Aku rasakan ini tak teruk sangat di kawasan kampung, mostly berlaku di bandar - kerana ada yang rasa diri lebih bagus, lebih kaya atau lebih lebih... (takde ayat la tuh! hehe!)  Jadi kita jadi lebih sombong sesama sendiri.. Nak bertegur sapa pun kita malu.. Awkward!! Aku tak kata orang kampung perfect.. Ada jugak yang kurang gak budi bahasanya. Ini semua bermula dari diri kita sendiri. Stop being ignorance!

Even aku sendiri pun kena gak berubah - kena cuba datang awal dan jangan malu bagi laluan pada kereta yang nak masuk simpang di jalanraya hanya kerana takut kena hon oleh orang belakang! 

Mulakan dari sekarang.. kita ubah tabiat kita sewaktu di tempat awam - jangan buang anak chewing gum merata - rata, jangan buang pampers wanita sesuka hati, bawak banyak bersabar dan serapkan nilai moral dan budi bahasa. Mulakan dulu ucapan Terima kasih kepada peniaga yang menerima duit kita, orang yang tolong tunggu kita di lif atau bagi kita laluan sewaktu dijalanraya (cukup dengan mengangkat tangan!). Jangan buang sampah sembarangan, FLUSH tandas yang korang dah gunakan (tak malu ker orang tengok hasil nukilan korang?? kalau tak malu sila lah terjun jambatan sekarang atau tinggal di hutan!).. Kalau kita tak mulakan siapa nak mulakan? Betul tak? Jangan lupa anak - anak kita pun kita kena ajar... *Nasib aku belum ada lagi .. hehehe.. single lagi nnie...!*

Aku tak setuju rakyat Malaysia takde budi bahasa sebab aku tahu kita semua ada Budi Bahasa cuma tak dipraktikkan jer... Jom kita ubah supaya ranking itu boleh berubah... Tak nak laa kalau kita dilabel kurang ajar...

Malaysia Boleh!!

NTGravity : Teringat masa kerja kat hotel dulu, keadaan memang sibuk. Aku disuruh hantar bil kat customer nieh, bila dia letak duit kat bil - Aku kata 'Thank you'. Customer tuh terkejut pastu kata aku lah yang pertama kata thank you sejak dia duduk di situ terus dia bagi aku tip RM50! Hanya kerana aku kata 'Thank you!' Renung - renungkanlah....

Haiittt~!!!!

You Might Also Like

2 Rants Found

  1. mgkn ada x puas hati n xkan mengaku kesalahan sendiri...tp hakikatnya Malaysian dah semakin kurang budi pekertinya...face it dont facebook it...try to be they way we used to be...

    ReplyDelete
  2. @Adi Herman yes memang betul... tiba masa untuk berubah....

    ReplyDelete

NTGravitians.. you have something to say?
Please do... Thanks~♥!